Link Copiedcheck_circle
EV

Imej MINI Cooper JCW E Bocor! Apa Yang Berbeza?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MINI-Cooper-JCW-E-Teaser-3.jpg


Beberapa imej rasmi hatchback elektrik MINI Cooper versi prestasi yang kini sedang dibangunkan telah didedahkan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China.


Reka Bentuk yang Mencuri Tumpuan


MINI-Cooper-JCW-E-MIIT-1.jpg


MINI Cooper JCW E (Foto: MIIT China via CarScoops)


Berdasarkan foto yang dikongsikan, model sporty yang dijangka bakal dilancarkan dengan nama MINI Cooper JCW E ini menerima sentuhan istimewa John Cooper Works (JCW) yang membezakannya daripada model dengan kemasan JCW yang diperkenalkan hujung tahun lalu. 


MINI-Cooper-JCW-E-MIIT-2.jpg


Sudut belakang MINI Cooper JCW E (Foto: MIIT China via CarScoops)


Antara ciri utama reka bentuknya termasuk gril depan yang tertutup sepenuhnya dengan logo JCW dan bendera bercorak dam yang kecil. Selain itu, di sudut yang sama turut terdapat komponen ambilan udara tengah yang diapit oleh air curtain menegak untuk membantu meningkatkan prestasi penyejukan EV ini.


Bahagian sisi pula memperlihatkan rim JCW bersaiz 18 inci dengan jejari yang sebahagiannya tertutup untuk prestasi aerodinamik yang lebih baik. Selain itu, model ini turut diberikan skirt sisi agresif bagi menambahkan elemen sporty


Sudut belakangnya pula kelihatan hampir sama dengan model JCW yang sedia ada, bagaimanapun, logo JCW yang dipasangkan pada model baharu ini membuatkannya tampil berbeza. Selain logo, MINI Cooper JCW E juga diberikan corak kotak-kotak berbentuk bendera  pada pintu but belakang.


MINI-Cooper-JCW-E-MIIT-4.jpgMINI-Cooper-JCW-E-MIIT-3.jpg


Pilihan warna yang ditawarkan untuk bahagian luar MINI Cooper JCW E (Foto: MIIT China via CarScoops)


Dari sudut atas, bumbungnya ditawarkan dalam pilihan warna gradient yang unik, berbeza dengan corak dam klasik pada model JCW terdahulu. 


Prestasi Lebih Mantap


MINI-Cooper-JCW-E-Teaser-2.jpgMINI-Cooper-JCW-E-Teaser-6.jpg


Selain reka bentuk, MIIT China turut mendedahkan beberapa spesifikasi trenkuasa MINI Cooper JCW E. Model ini dijana oleh bateri lithium-ion yang menggerakkan motor elektrik tunggal dengan kuasa 255 hp (190 kW), menjadikannya 40 hp (30 kW) lebih tinggi berbanding varian tertinggi Cooper SE sedia ada. 


Dengan peningkatan kuasa ini, Cooper JCW E yang memiliki berat 1,670 kg mampu mencapai kelajuan sehingga 200 km/j. Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai catatan masa pecutan 0-100 km/j. 


Pelancaran Global


MINI-Cooper-JCW-E-Teaser-7.jpg


Walaupun prototaip pra-pengeluaran model ini sudah membuat kemunculan umum di  Goodwood Festival of Speed awal tahun ini, MINI Cooper JCW versi pengeluaran dijangka akan dilancarkan di peringkat global pada musim luruh tahun ini. Pastinya lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang tarikh pelancarannya. 

Tag:

MINI Cooper
MINI Cooper SE EV
EV MINI Cooper
MINI Cooper JCW E
JCW E
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000

MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.

08-10-2024
Kereta Baru

MINI Cooper SE 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Dari RM193,888

MINI Malaysia hari ini telah melancarkan MINI Cooper SE. Ini spesifikasinya...

12-07-2024
EV

MINI Cooper JCW E Didedahkan, Kemunculan Rasmi Tidak Lama Lagi

MINI telah mengesahkan kehadiran model elektrik MINI Cooper JCW E. Ini yang kita tahu setakat ini...

05-07-2024
EV

[FOTO INTIPAN] Ini Dia Reka Bentuk MINI Cooper JCW Versi Elektrik Akan Datang!

Foto intipan versi prestasi tinggi, MINI Cooper Electric JCW generasi seterusnya dikesan tanpa pelekat samaran.

15-09-2023
Berita Auto

Kempen BMW Hanya Untuk Model Terpilih, Check Di Sini

BMW Group Malaysia menawarkan Kempen Servis Nilai hanya untuk pemilik kereta BMW, MINI.

28-04-2023
Berita Auto

Hari Bersejarah! BMW Capai Angka Produksi MINI 1 Juta Unit!

Hari bersejarah tercipta buat BMW Group setelah menghasilkan hatchback 3 pintu MINI unit yang ke-satu juta.

18-04-2023
Global

Luaran EV MINI Cooper S Generasi Akan Datang Didedahkan

Beberapa foto bahagian luaran MINI versi elektrik terbaharu itu telah didedahkan untuk tatapan umum.

13-04-2023
Global

EV MINI Cooper 2024 Tanpa Pelekat Samaran Dikesan

Hatchback MINI generasi terbaharu telah dikesan tanpa pelekat samaran

05-04-2023

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026