Link Copiedcheck_circle
EV

Imej Toyota bZ3C Versi Pengeluaran Bocor, Mirip Toyota Prius?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-bZ3C-1.jpg


Seperti yang kita sedia maklum, negara China sedang rancak menghasilkan dan memasarkan kenderaan elektrik (EV) yang menerima permintaan tinggi di negara tersebut. Turut mengintai peluang untuk memasarkan model EV baharu di China ialah gergasi automotif Jepun, Toyota, yang dijangka bakal melancarkan sebuah crossover, Toyota bZ3C. 


Kedatangan Toyota bZ3C dalam pasaran republik tersebut bukan hanya satu spekulasi, kerana baru-baru ini Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China telah mendedahkan reka bentuk model tersebut. 


Model ini pernah dipamerkan dalam bentuk konsep pra-pengeluaran semasa Auto China 2024 awal tahun ini. Imej terbaharu yang tersebar di internet menunjukkan bZ3C versi pengeluaran kelihatan mirip Toyota Prius generasi kelima.


Dokumen yang difailkan oleh Toyota dan rakan kongsi jenama tersebut di China, FAW, mendedahkan bahawa bZ3C mempunyai panjang 4,780 mm dengan jarak roda 2,880 mm, lebar 1,866 mm dan ketinggian 1,510 mm, beratnya pula sekitar 1,920 kg. Angka-angka yang dinyatakan ini agak lazim bagi EV yang dihasilkan untuk pasaran China.


Elemen Prius Pada Pelbagai Sudut Toyota bZ3C


Toyota-bZ3C-2.jpgToyota-bZ3C-3.jpg


Dokumen dan imej yang bocor mendedahkan banyak butiran luaran serta beberapa aspek mekanikal Toyota bZ3C. 


Dari segi reka bentuk, pengaruh Toyota Prius generasi terbaru jelas kelihatan, terutamanya pada lampu hadapan LED yang berbentuk seperti cakaran tajam, lampu ini dihubungkan oleh jalur cahaya yang halus di bahagian tengah sudut hadapan. Berbanding versi konsep, versi pengeluaran ini tidak memiliki corong pengudaraan berwarana hitam pada panel sisi hadapan. 


Elemen rekaan lain masih sama dengan model konsep seperti spoiler yang terletak pada bahagian bumbung, lampu LED belakang dengan jalur melintang berkelebaran penuh, serta pemegang pintu yang terbenam.


Prestasi dan Teknologi Toyota bZ3C


Toyota-bZ3C-bZ3X-1.jpg


Model konsep Toyota bZ3C yang dipertontonkan semasa Auto China 2024 awal tahun ini. 


Toyota bZ3C dikuasakan oleh motor elektrik 268 hp yang menerima tenaga daripada pek bateri LFP yang dibangunkan BYD. Walaupun kapasiti sebenar bateri ini masih dirahsiakan, ia dijangka mampu menawarkan jarak pemanduan antara 500 hingga 600 km berdasarkan penilaian CLTC.


Selain itu, pengguna di China juga boleh memilih antara rim berukuran 18 inci atau 21 inci. Sebagai pilihan tambahan, sistem LiDAR boleh dipasang pada bahagian atas cermin hadapan.


Rekaan Dalaman Toyota bZ3C


Toyota-bZ3C-bZ3X-4.jpgToyota-bZ3C-bZ3X-3.jpg


Ruang kabin pada versi konsep kelihatan luas dengan sentuhan rekaan minimalis.  


Dokumen yang dibocorkan ini bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai ruang kabin bZ3C. Namun, versi konsep yang dipamerkan sebelum ini menunjukkan bahawa bZ3C dilengkapi dengan panel instrumen digital, skrin infotainmen yang besar di bahagian tengah, konsol tengah dalam rekaan ‘terapung’, serta pencahayaan ambien. Kesemua ciri ini biasa ditawarkan pada EV pasaran China.


Pelancaran Toyota bZ3C


Toyota dijangka memulakan pengeluaran bZ3C pada suku keempat (Q4) tahun ini di kilang pengeluaran mereka hasil kerjasama dengan FAW. Model ini akan melengkapkan rangkaian EV Toyota sedia ada seperti crossover bZ4X dan sedan bZ3 yang kini sudah berada di pasaran China.

Toyota-bZ3C-bZ3X-2.jpg

Tag:

Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China
MIIT China
Toyota China
Toyota bZ3C
Toyota EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

25-09-2025
EV

12-09-2025
EV

13-05-2025
Global

12-11-2024
EV

17-09-2024
Global

12-11-2024

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026