Link Copiedcheck_circle
EV

Jualan Motosikal Elektrik Melonjak Tapi Malangnya Bukan Ramai Guna Untuk Kegunaan Harian

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, motosikal elektrik dikatakan semakin mendapat tempat di negara ini apabila ia merekodkan jualan yang agak tinggi  dalam enam bulan pertama ini.

Angka jualan itu dikatakan sudah melepasi jumlah jualan berbanding lima tahun lepas namun angka sebenar tidak didedahkan.

Berdasarkan,  analisis harian Carz.com.my sendiri, kami berpendapat bahawa kebanyakan motosikal elektrik ini bukannya digunakan untuk kegunaan harian.

Ini kerana, kebanyakan yang membeli motosikal elektrik adalah  golongan M40 dan T20 dimana mereka membeli kenderaan elektrik itu hanya sekadar untuk dijadiakan sebagai kemudahan.

Bagaimanapun, punca jualan motosikal elektrik dikatakan mencanak adalah disebabkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang menawarkan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.

Setakat ini, program berkenaan menyaksikan 3,664 permohonan yang telah pun diluluskan pada Jun tahun ini dengan rebat bernilai RM8.79 juta,

image.png

Program ini dilihat sebagai penunjuk positif minat yang semakin meningkat dalam mobiliti elektrik, namun malangnya  ia bukannya untuk kegunaan harian.

Maka, tidak mengapa beberapa pengeluar motosikal elektrik berlumba-lumba melakukan pelbagai program untuk menggalakkan orang ramai membeli motosikal elektrik.

Antaranya seperti Blueshark yang menjalinkan kerjasama dengan Grab, baru- baru ini.

image.png

Hasil kerjasama itu dimeterai untuk mendorong lebih banyak mobiliti elektrik dalam kalangan penunggang Grab.

Begitupun, kebanyakan penunggang penghantaran itu mengatakan bahawa kadar kelajuan dan jarak gerak elektriknya yang agak terhad membuatkan mereka  tidak dapat melakukan lebih banyak penghantaran.

Ini boleh menjejaskan pendapatan mereka.

Berdasarkan laman web MARiiCas motosikal Blueshark sebenarnya menawarkan jarak perjalanan sejauh 110km dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 80 km/j.

Apa yang penting, ia cuma RM14,800 namun harga itu sebenarnya tidak termasuk sebelum rebat. 

Bagi yang sedang mempertimbangkan untuk membeli motosikal elektrik, ini adalah peluang yang baik untuk anda untuk membeli selagi kerajaan tawar rebat untuk pembelian kenderaan terbabit.


Gallery

Tag:

Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lebih 45 Kereta, Motosikal Bakal Dilancar

Jom serbu MAS 2024 pada minggu ini.

20-05-2024
EV

ACO Tech, Geno, MARii Berkolaborasi Teroka Teknologi Blockchain Untuk Ekosistem EV

Tiga organisasi bergabung tenaga dalam penerokaan penyelesaian blockchain untuk infrastruktur kenderaan elektrik (EV) tempatan di Malaysia.

19-02-2024
Berita Auto

MAS 2024: Kali Ini Ada 2 Tempat Acara

MAS 2024 kembali lagi pada Mei depan.

12-12-2023
Berita Auto

M'sia Mahu Galakkan Orang Beli Motosikal Elektrik, Sanggup Tawar Rebat

MARii menyambut baik dengan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dibentangkan pada Belanjawan 2024, minggu lepas.

16-10-2023
Berita Auto

MARii Mahu Tingkatkan Kerjasama Industri Automotif

MARii) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif Indonesia (IOI).

21-09-2023
Berita Auto

MARii Dedah Rancangan Pembangunan Industri EV Malaysia

Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii) menyasarkan untuk membangunkan industri EV yang kompetitif dan mampan.

15-05-2023
Berita Auto

Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran

Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali! Baca panduan pengunjung ini untuk memudahkan anda.

02-05-2023
Berita Auto

Kini Kembali! Pameran Kereta Terbesar Malaysia Autoshow Bakal Diadakan Mei Ini

Malaysia Autoshow bakal kembali menggegarkan dunia pencinta kereta.

25-01-2023

Berita Terkini

EV

Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik WN7 – Naked Bike

Honda memperkenalkan Honda WN7, motosikal elektrik pertama mereka ke pasaran Eropah baru-baru ini.

21-09-2025
EV

Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025 memandangkan jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

18-09-2025
EV

BYD Siar Video Yangwang U9 02, Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

Kereta elektrik supercar yang dikenali sebagai Yangwang U9 '02' didedahkan dalam satu video pendek.

18-09-2025
EV

Hanya 27 Kes Kebakaran Kereta EV, Hibrid Sejak Tahun 2023-2025

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 27 kes kebakaran membabitkan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid direkodkan dari 2023 hingga Julai lepas.

10-09-2025
EV

Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

10-09-2025
EV

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
EV

BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik

BMW akhirnya mendedahkan model pertamanya yang dibangunkan berasaskan platform kenderaan elektrik (EV) baharu, Neue Klasse, dengan pengenalan model BMW iX3 generasi kedua.

08-09-2025
EV

Bilik Pameran iCaur Kedua Dibuka Di Petaling Jaya

iCaur Malaysia secara rasmi membuka bilik pameran keduanya, iCaur Playground, yang bertempat di lokasi strategik di Petaling Jaya, Selangor.

06-09-2025