Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lompat Atas Kereta, Suspek Sudah Ditahan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Satu klip video tular di media sosial gara-gara seorang lelaki sanggup  melompat ke arah kenderaan yang sedang bergerak sehingga mengakibatkan kemalangan di Bandar Sungai Long, Kajang pada Selasa lalu.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berbaju merah berdiri di bahu jalan dan tiba-tiba melompat ke arah sebuah kenderaan yang sedang bergerak lalu terjatuh akibat dilanggar kenderaan terbabit.

Mujur, lelaki berkenaan hanya cedera ringan tetapi dua kenderaan rosak akibat perbuatan lelaki berusia 32 tahun berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan suspek yang merupakan warga asing sudah pun ditahan polis sejurus klip video itu tular.

image.png

Buat masa ini, motif kejadian masih dalam siasatan dan tahap kesihatan mental suspek berkenaan belum dapat ditentukan setakat ini manakala ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif.

"Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain yang boleh dihukum penjara tiga bulan atau dengan RM500 atau keduanya sekali,” katanya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026