Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Siri Jelajah Proton e.MAS 7: Bakal Tempuh Perjalanan Sejauh 2,000 km

Suhana Veru

Kongsi melalui

Proton-e.MAS-7.jpg

PROTON meraikan pencapaian penting dengan melancarkan secara rasmi Jelajah Proton e.MAS 7 di Proton Centre of Execellence (COE), Subang Jaya semalam.

Acara bersejarah ini menyaksikan penyerahan baton daripada Jelajah Dunia Geely E5 kepada Proton e.MAS 7 yang akan memulakan babak baharu yang penuh inovasi dan eksplorasi di seluruh Malaysia.

Jelajah Proton e.MAS 7 ini bertujuan untuk berinteraksi dengan rakyat Malaysia selain memberikan mereka peluang untuk menyaksikan kenderaan itu.

Proton-e.MAS-7-Tour.jpg

Proton e.MAS 7 akan menempuh lebih daripada 2,000 kilometer merentasi pelbagai jenis laluan dan landskap, dari jalan pantai sehingga ke kawasan pergunungan sambil mempamerkan prestasinya.

Jelajah Proton e.MAS 7 akan bermula pada 5 Oktober depan dengan menjelajah seluruh negeri di  Semenanjung Malaysia.

Siri jelajah itu akan bermula dari Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor dan kemudian bergerak ke Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis. 

Jelajah ini kemudian akan diteruskan melalui KL dan Selangor sebelum menuju ke Malaysia Timur, dengan bermula di Sabah dan berakhir di Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, siri jelajah itu diadakan untuk memberikan peluang kepada rakyat Malaysia pengalaman yang menarik tentang bagaimana kenderaan ini mengharungi keadaan jalan dan iklim unik di negara ini.

“Jelajah ini bukan sahaja akan meraikan komuniti kita tetapi  memupuk hubungan yang erat dengan para pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman anda, jentera ini direka untuk ketahanan dalam keadaan cuaca yang mencabar.

Sebagai model kembar Proton e.MAS 7, Geely E5 berjaya mengharungi air banjir dan pelbagai keadaan jalan tanpa sebarang insiden, menguatkan lagi kebolehpercayaan teknologinya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, kejayaan Geely E5 memandu lebih 3,700 km dari China ke Malaysia adalah satu pencapaian yang sangat penting.

PROTON-&-Geely-Senior-Management-2.jpg

“Kenderaan elektrik  ini berjaya mengharungi cuaca buruk dan keadaan jalan yang mencabar, termasuk air banjir. 

“Ketahanan, kebolehpercayaan, dan kualiti Galaxy E5 mempamerkan keunggulan kejuruteraannya di sebalik Proton e.MAS 7 dimana menunjukkan bagaimana ia akan menjadi pengubah permainan untuk pasaran kita,” tambahnya. 

Apapun, sebelum jelajah ini bermula, orang ramai berpeluang untuk melihat Proton e.MAS 7 dan pasukan PRO-NET beraksi di  Putrajaya pada 25 September dan Shah Alam pada 26 September. 

Anda berpeluang bertemu dengan kru PRO-NET untuk bertanya mengenai Proton e.MAS 7 dan kongsikan cadangan anda untuk hentian pit terbaik sepanjang jelajah ini.

Sehubungan itu, anda boleh melayari laman web, https://emas.proton.com/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri jelajah itu.


Tag:

Proton e.MAS 7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
Berita Auto

Berani Mati, Proton e.MAS Guna Tagline 'Mak Kau Hijau' Promosi Warna Baharu

Strategi 'Mak Kau Hijau' Proton e.MAS 7 PHEV curi perhatian.

06-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto