Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tanah Jerlus: Jangan Risau, Jalan Masjid India Selamat, Dah Boleh Shopping

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jalan Masjid India, Kuala Lumpur selamat dikunjungi!

Itu kata  Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohamad Hamim selepas Mesyuarat  askforce Insiden Tanah Jerlus Masjid India, semalam.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil daripada lapan agensi dalam pasukan khas terbabit, iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Institusi Jurutera Malaysia (IEM), serta Pertubuhan Geoteknikal Malaysia (MGS).

image.png

DBKL berkata, pada mesyuarat itu, semua agensi berkenaan melaporkan hasil dapatan masing-masing.

"Berdasarkan laporan itu, didapati kejadian tanah jerlus adalah bersifat setempat.

"Merujuk kepada maklumat geologi serta rekod penyiasatan tanah sedia ada, lokasi insiden tanah jerlus terletak atas formasi 'Kenny Hills' dan secara amnya terdiri daripada selang lapis batuan schist, phyllite serta quartzite.

"Sehubungan itu, Mesyuarat Taskforce Insiden Tanah Jerlus Masjid India yang diadakan pada 10 September 2024 (semalam) mendapati bangunan dan kawasan Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi," katanya.

Terdahulu, beberapa Kawasan berhampiran Masjid India terpaksa ditutup selepas seorang warga India, G Vijaya Lakshm dari Kuppam, Andhra Pradesh, India, hilang selepas terjatuh ke lubang benam sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

Selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selama sembilan hari dan tidak berhasil menemukan mangsa, ia dihentikan pada 31 Ogos lalu selepas pihak berkuasa mengambil kira pelbagai faktor, termasuk keselamatan anggota pasukan SAR.


Gallery

Tag:

Kuala Lumpur City Council (DBKL)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
IWK
Jalan Masjid India
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

Pergerakan Penjenayah Dipantau: DBKL Pasang 5,000 CCTV AI

Sebanyak 5,000 CCTV AI dipasang di sekitar Kuala Lumpur untuk keselamatan dan keselesaan warga kota.

03-12-2024
Berita Auto

Jalan Sungai Besi Tutup Bermula Hujung Bulan Ini

Jalan Sungai Besi ditutup untuk melebarkan lagi jalan.

10-09-2023
Berita Auto

Soket Pengecas EV Terbakar, Mujur Tiada Terkorban

Punca kejadian masih dalam siasatan.

21-04-2025
Berita Auto

Aidilfitri: 12 Lokasi Kemalangan Sudah Dikesan!

12 lokasi kemalangan adalah di sepanjang PLUS dan LPT.

20-03-2025
EV

"Jangan Cas EV Secara Berlebihan Untuk Elak Risiko Kebakaran." – Bomba

Pengguna kenderaan elektrik (EV) dinasihatkan mematuhi arahan pengeluar bagi memastikan keselamatan dan mengurangkan risiko kebakaran.

07-10-2024
Berita Auto

Kemalangan Babit 7 Kenderaan, 1 Parah.

Gara-gara kemalangan membabitkan lapan kenderaan, berhampiran Terowong Menora, Perak menyebabkan seorang parah manakala dua lagi cedera.

01-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026