Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BYD Laku Keras, Sime Darby Motors Rai Pencapaian Jualan Lebih 10,000 Unit BYD Di M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui


Photo-1-(4).jpg

Pengedar rasmi Kereta BYD di Malaysia,  Sime Darby Motors meraikan pencapaian yang luar biasa apabila sebanyak 10,000 unit BYD sudah terjual di Malaysia.

Bagi meraikan pencapaian tersebut, Sime Darby Motors menganjurkan pemanduan konvoi 'BYD Dream Drive Melaka 2024’ untuk pemilik BYD, baru-baru ini.

Photo-3-.jpg

Konvoi yang melibatkan 60 kereta BYD  itu dilepaskan dari bilik pameran BYD di Ara Damansara, dan mereka berpeluang bermalam dua hari satu malam di Melaka.

Difahamkan, Melaka dipilih sempena  ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun ini antara Malaysia dan China.

Ini sekali gus menjadikannya Melaka adalah destinasi yang sesuai memandangkan sejarahnya hubungan dengan China sudah dimeterai sejak abad ke-15.

Photo-2-.jpg

Sementara itu, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Darby Motors, Jeffery Gan berkata, penggembaraan itu  mencerminkan penggunaan kenderaan elektrik yang semakin meningkat negara ini selain  mengukuhkan lagi kedudukan pihak dalam menerajui EV.

“Kami komited untuk memberikan pengalaman dan perkhidmatan terbaik melalui perkongsian strategik ini,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada pencapaian itu, Sime Darby Motors turut menekankan mengenai misinya untuk mengembangkan rangkaian BYD di Malaysia, dimana terdapat  26 bilik pameran BYD di seluruh negara. 

Photo-4-.jpg

Setakat ini, terdapat 19 rakan kongsi peniaga, dengan 16 pusat BYD 3S dan 10 BYD 1S pusat, dimana ia sebenarnya bertujuan untu memastikan pelanggan BYD menerima perkhidmatan dan sokongan yang lancar. 

Sehubungan itu, BYD berhasrat untuk memperluaskan   30 bilik pameran menjelang akhir tahun nanti.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web http://byd.simedarbymotors.my/.

Tag:

sime darby motor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BYD M6 Dilancar, Ada 2 Varian: Harga Bermula Dari RM109,800

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors akhirnya melancarkan secara rasminya MPV elektrik terbaharu, BYD M6 ke pasaran Malaysia, sebentar tadi.

15-10-2024
Berita Auto

Akademi Khas Untuk Asah Kemahiran Pekerja

Sime Darby Motors, Retail & Distribution baru sahaja membuka akademi latihan.

11-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026