Link Copiedcheck_circle
EV

ChargeSini Jadi Penyedia Pengecas EV Untuk KEB Properties

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DSC_4213-1-1024x684.jpg


ChargeSini telah mengumumkan kerjasama strategik bersama KEB Properties Sdn Bhd, satu langkah penting dalam usaha mempercepatkan pembinaan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Kerjasama ini dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani baru-baru ini. 


Kerjasama ini bakal menyaksikan pengecas EV didirikan di beberapa lokasi milik KEB Properties, selari dengan inisiatif syarikat untuk memenuhi matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).


IMG-20241005-WA0078.jpg


ChargeSini menyatakan bahawa kerjasama ini hadir pada masa yang tepat bagi industri EV di Malaysia dalam usaha untuk menyokong Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang dirangka kerajaan. Antara sasaran utama NIMP2030 adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya 15%  penggunaan kenderaan elektrik dan hibrid daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) menjelang 2030, dengan peningkatan kepada 38% menjelang 2040.


Screenshot-2024-10-30-164649.jpg


Pelan ini turut memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur pengecasan yang kukuh, dengan matlamat untuk menyediakan sebanyak 10,000 stesen pengecasan awam menjelang 2025. Langkah ini dapat membantu Malaysia mencapai objektif untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050. 


IMG-20241005-WA0080.jpgIMG-20241005-WA0067.jpg


ChargeSini kini merupakan pengendali titik pengecasan (CPO) terbesar di Malaysia, dengan lebih 870 titik pengecasan di 283 stesen di seluruh negara. Jumlah ini menunjukkan komitmen syarikat untuk memperluaskan kemudahan pengecasan EV ke seluruh Malaysia.


Kerjasama yang telah dijalinkan dengan KEB Properties bakal memperkukuhkan lagi komitmen ini, sekaligus memudahkan lagi penduduk, pengunjung dan komuniti di lokasi milik KEB untuk mengakses pengecas EV. 

Tag:

ChargeSini
KEB Properties Sdn Bhd
KEB Properties
Pengecas EV
Pengecas EV Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026