Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Penampilan Xiaomi SU7, Maaf Tak Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jangan terkejut dengan tindakan syarikat jenama telefon pintar China, Xiaomi yang sudah mula menceburi dalam bidang pembangunan kenderaan elektrik.

Malah, pada penampilan sulungnya di pasaran China,  Xiaomi SU7 EV berjaya menerima lebih 50,000 tempahan SU7 dalam masa kurang daripada 30 minit!

Lebih menarik, sebuah Xiaomi SU7 juga sedang ditayangkan di pusat beli-belah KLCC Suria, Kuala Lumpur baru-baru ini.

image.png

Nampaknya, Xiaomi memilih untuk mempamerkan sebuah sahaja kereta baharunya itu di Malaysia.

Cukuplah, sekadar orang Malaysia dapat membelek dan merasai kabinnya Xiaomi untuk seketika.

Jangan terkejut dengan tindakan syarikat jenama telefon pintar China, Xiaomi yang sudah mula menceburi dalam bidang pembangunan kenderaan elektrik.

Malah, pada penampilan sulungnya di pasaran China,  Xiaomi SU7 EV berjaya  lebih 50,000 tempahan dalam masa kurang daripada 30 minit!

image.png

Lebih menarik, sebuah Xiaomi SU7 juga sedang ditayangkan di pusat beli-belah KLCC Suria, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nampaknya, Xiaomi memilih untuk mempamerkan sebuah sahaja kereta baharunya itu di Malaysia.

Cukuplah, sekadar orang Malaysia dapat membelek dan merasai kabinnya Xiaomi untuk seketika.

Kami di Carz.com.my juga berpeluang menyaksikan Xiaomi SU77 dengan lebuh dekat, pada pagi tadi.

image.pngimage.png

Selain melihat gambar-gambar ini, kami juga mahu berkongsi beberapa perkara yang anda patut tahu mengenai Xiaomi SU7 ini:

Sebelum itu, kami ingin memaklumkan berita buruk dimana Xiaomi tidak berhasrat untuk  menawarkan jentera ini untuk pasaran kita!

image.png

Sebaliknya, Xiaomi SU7 sebenarnya hanya mahu mempamerkan ciri-ciri teknologinya iaitu tindakan yang sama pernah diambil oleh Tesla Malaysia ketika menayangkan Cybertruck di Malaysia.

Jadi, kami ingin memaklumkan bahawa Xiaomi SU7 hanya didapati di China sekarang. 

Xiaomi enggan  meneruskan eksport ke luar negara, disebabkan jentera itu kini cuma hadir dalam versi pemanduan sebelah kiri.

image.png

Rua-rupanya, Xiaomi SU7 ini dibawa masuk kerana terbabit dalam pameran ekosistem  Xiaomi Human x Car x Home untuk telefon pintar siri terbaharunya,  14T .

Jadi, jentera ini akan ditayangkan di KLCC sehingga Ahad ini.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, kami tidak berhasrat untuk bercerita mengenai bagaimana  SU7 disepadukan dengan telefon pintar Siri 14T terbaharunya.

Sebaliknya, kami mahu menerangkan secara terperinci mengenai  spesifikasi teknologi dan keupayaan prestasinya.

Ia yang direka oleh bekas pereka bentuk BMW, Chris Bangle, hadir dalam tiga varian di China: varian asas, Pro dan Max.

Varian asas SU7 dan Pro dilengkapi dengan motor elektrik tunggal dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat  299 PS dan tork 400 Nm. Ini membolehkan varian asas boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.28 saat, manakala varian Pro, dalam masa 5.7 saat.

Bagi varian Max pula, ia boleh menghasilkan kuasa setakat 664 HP dan tork  838 NM . Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 2.78 saat.

image.png

Ini bermakna ia boleh memecut lebih pantas daripada Tesla Model S dan pra-facelift Porsche Taycan Turbo.

Bagi SU7 Pro pula, ia didatangkan dengan bateri nikel mangan kobalt (NMC). berkapasiti 94.3 kWj. Jadi, Pro boleh bergeraks sejauh 800 km (CLTC).

Selain itu, jentera ini hadir dengan  suspensi udara dengan penyerap hentak adaptif, penutup gril aktif dengan 16 tahap larasan serta spoiler belakang.

Antara kelengkapan lain ialah, ia juga hadir dengan Nvidia Drive Orin SOC, yang mana ia  memberikan 508 kuasa pemprosesan.

Apa pula pandangan anda mengenai jentera ini? Adakah mungkin, ini adalah petanda ia akan dibawa masuk ke Malaysia satu hari nanti? 




Gallery

Tag:

Xiaomi SU7 EV
Xiaomi EV
Xiaomi SU7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Cipta Sejarah: Xiaomi SU7 Ultra Catat 7 Minit 4.95 saat di Litar Nurburgring

Xiaomi SU7 Ultra mencatat masa mengagumkan iaitu 7 minit 4.957 saat di Green Hell, sekali gus mampu meninggalkan hyper-EV dari Croatia.

12-06-2025
EV

Xiaomi Lantik Syarikat Ketiga: Xiaomi SU7, YU7 Bakal Dieksport

Adakah Malaysia juga akan menerima Xiaomi SU7, YU7?

11-02-2025
EV

Xiaomi SU7 Berbisa Habis

Xiaomi mendedahkan model prototaipnya, Xiaomi SU7 Ultra dalam satu acara yang diadakan di China baru-baru ini.

22-07-2024
EV
EV

Cipta Sejarah: Xiaomi SU7 Ultra Catat 7 Minit 4.95 saat di Litar Nurburgring

Xiaomi SU7 Ultra mencatat masa mengagumkan iaitu 7 minit 4.957 saat di Green Hell, sekali gus mampu meninggalkan hyper-EV dari Croatia.

12-06-2025
EV

Xiaomi Lantik Syarikat Ketiga: Xiaomi SU7, YU7 Bakal Dieksport

Adakah Malaysia juga akan menerima Xiaomi SU7, YU7?

11-02-2025
EV

"Takut" Jadi Punca Xiaomi Bangunkan EV, Ini Punca Ketakutannya...

CEO Xiaomi, Lei Jun, berkongsi kisah di sebalik pembangunan kereta elektrik yang telah dilancarkan.

29-07-2024
EV

Tempoh Menunggu EV Pertama Xiaomi, SU7 Cecah 7 Bulan! – 88K Tempahan Dalam 24 Jam

Xiaomi memaklumkan kepada calon pembeli kereta sedan elektrik (EV) keluarannya, SU7 mungkin perlu menunggu lama sehingga tujuh bulan!

01-04-2024

Berita Terkini

EV

Ini Dia Volkswagen ID.Buzz AD Versi Pengeluaran – Tidak Perlu Pemandu, Lancar Tahun Depan

Volkswagen menerusi subjenama mobiliti, MOIA, telah memperkenalkan versi pengeluaran bagi van elektrik autonomi yang pertamanya, Volkswagen ID.Buzz AD.

20-06-2025
EV

Lalamove Lancar Van Elektrik Baharu, Sesuai Untuk Kegunaan Bandar, Tapi Belum Masuk Malaysia

Lalamove mengorak setapak ke hadapan apabila mula menceburi bidang pembuatan kenderaan elektrik (EV) dengan melancarkan jenama sendiri, DuoLa Auto, baru-baru ini.

19-06-2025
EV

Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM

Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.

19-06-2025
EV

Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja

Skuter elektrik yang cukup bergaya, Yadea GT20 sudah dilancarkan di Malaysia.

18-06-2025
EV

Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

PRO-NET lancarkan pusat pengedaran baharu Proton e.MAS dan smart di Kota Kinabalu, IOI Putrajaya dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

18-06-2025
EV

Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

ChargeSini telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Mayang Mall, Kuala Terengganu.

18-06-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Nampaknya, jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.

17-06-2025