Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenapa Subsidi Diesel Belum Dilaksanakan Di Sabah, Sarawak? Ini Penjelasan Menteri

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Diesel-Smuggler-Johor-(1).jpg


Mungkin ada yang belum tahu, penyasaran subsidi diesel sebenarnya masih belum dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Labuan. Kenapa? Ini penjelasan  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.


Jelas beliau, penundaan yang berlaku ini bukanlah disebabkan oleh layanan double standard atau ketidakadilan, tetapi kerana beberapa faktor penting yang perlu diambil kira, lapor Bernama. 


Profil Penerima Bantuan – Cabaran Utama di Sabah dan Sarawak


Datuk Armizan menjelaskan bahawa cabaran pertama adalah kesukaran untuk mengenal pasti penerima bantuan yang benar-benar layak di Sabah dan Sarawak. 


Oleh kerana profil penerima di negeri-negeri ini lebih kompleks, kerajaan memilih untuk melaksanakan penyasaran secara rintis di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu, di mana sistem penyampaian bantuan dapat dilakukan melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang dibantu oleh platform Budi MADANI.


Baca: Subsidi RON95: Tunjuk Mykad, Bukti Kita Rakyat Malaysia


Faktor Logistik dan Geografi Borneo – Diesel sebagai Keperluan, Bukan Pilihan


MAA-Diesel-(1).jpg


Faktor kedua melibatkan keadaan logistik dan geografi Sabah dan Sarawak, yang memerlukan penggunaan diesel bukan atas pilihan, tetapi disebabkan oleh keperluan persekitaran geografi di sana. 


Jurang Harga Barangan – Lebih Tinggi di Sabah, Sarawak dan Labuan


Selain itu, beliau menyatakan bahawa perbezaan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan berbanding Semenanjung turut menjadi faktor utama. 


Ujarnya, berdasarkan pemantauan harga yang dijalankan pada bulan Julai, Ogos dan September, kira-kira 65% hingga 68% harga barangan di Sabah dan Sarawak lebih tinggi berbanding di Semenanjung.


Komitmen Memastikan Tiada Ketirisan


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Ext-17.jpg


Meskipun subsidi diesel belum lagi disasarkan di Sabah, Sarawak dan Labuan, Datuk Armizan, yang juga berasal dari Sabah, menekankan tanggungjawab beliau untuk menangani isu ketirisan subsidi di negeri-negeri ini yang mencecah RM3.6 bilion setahun.

Sumber: Bernama

Tag:

Subsidi
Subsidi Diesel
Penyasaran Subsidi Diesel
Diesel Sabah
Diesel Sarawak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Belanjawan 2025: Penyasaran Subsidi Petrol RON95 Dilaksana Pertengahan Tahun 2025

Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

18-10-2024
Berita Auto

RON95 Perlu Dinaikkan 32 Sen Mulai 1 Julai Untuk Capai Sasaran Penjimatan RM4.1 Bilion – Maybank IB

Petrol RON95 dinaikkan sebanyak 32 sen seliter atau 15.6% bermula 1 Julai 2024.

11-06-2024
Berita Auto

Kerajaan Tiada Pilihan, Penyasaran Subsidi Diesel Penting Untuk Selamatkan Negara – PM

Penyasaran subsidi diesel dilakukan demi menyelamatkan negara, dedah Perdana Menteri.

10-06-2024
Berita Auto

Tarikh & Mekanisme Pelaksanaan Subsidi Diesel Diumum Tidak Lama Lagi – PM

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa tarikh serta mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bakal diumumkan dalam masa terdekat.

27-05-2024
Berita Auto

"Subsidi Petrol Sepatutnya Ikut Pendapatan Isi Rumah Bukan CC Kereta." – Penganalisis

Pandangan seorang penganalisis automotif tempatan, Hezeri Samsuri, mengenai pemberian subsidi mengikut cc kenderaan.

27-12-2022
Berita Auto

Subsidi RM5,000 Hanya Untuk Tukar Kereta Baharu

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON), Roslan Abdullah, mencadangkan kepada kerajaan untuk memperkenalkan subsidi sebanyak RM5,000 bagi mana-mana pengguna yang berhasrat untuk menukar kenderaan baharu.

03-10-2022
Berita Auto

Taktik Guna Logo Nelayan Tak Menjadi, Lori Tangki Haram Ditahan

Guna taktik menyamar sebagai kenderaan nelayan dengan menampal logo Persatuan Nelayan Kebangsaan dan logo subsidi nelayan.

11-02-2025
Berita Auto

Nak Subsidi Diesel? Wajib Buat Penyelenggaraan Berkala – Pakar

Kemalangan tragis yang meragut tujuh nyawa pada 23 Disember baru-baru ini telah menimbulkan persoalan tentang sejauh mana aspek penyelenggaraan kenderaan berat diberikan perhatian sebelum dibenarkan untuk bergerak di jalan raya.

30-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026
Berita Auto

Tambang RM328 Ke Sarawak, RM398 Ke Sabah Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

AirAsia mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan dengan menawarkan harga tiket pada kadar RM328 bagi penerbangan ke Sarawak dan RM398 bagi laluan Sabah sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri pada tahun ini.

08-01-2026
Berita Auto

Penerbangan MH21 Patah Balik, Ada Sebabnya!

Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 yang beroperasi dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) semalam berpatah balik ke CDG sejurus selepas berlepas.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Setiap Tahun Muncul Isu Tambang Van Sekolah Naik?

Sesi persekolahan tahun 2026 akan bermula dalam beberapa hari lagi, namun golongan ibu bapa sudah mula menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan tambang van sekolah di media sosial.

08-01-2026
Berita Auto

51 Kereta Musnah, Bengkel Kereta Terbakar

Sebanyak 51 buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kenderaan.

07-01-2026
Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

07-01-2026
Berita Auto

Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Seorang lelaki menjadi bahan bualan hangat di media sosial apabila dia menunjukkan surat saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam.

07-01-2026