- Berita
- EV
- Pengecas DC 150 kW Gentari Kini di Stesen NGV Petronas Kerteh, Terengganu
Pengecas DC 150 kW Gentari Kini di Stesen NGV Petronas Kerteh, Terengganu

Gentari, dengan kerjasama JomCharge, kini telah mengaktifkan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbaru di bekas stesen NGV Petronas di Rantau, Kerteh, Terengganu. Pelancaran ini menandakan satu kemajuan besar bagi kawasan Pantai Timur yang masih kekurangan infrastruktur pengecasan EV.
Spesifikasi Stesen Pengecasan

Stesen ini dilengkapi dengan dua unit pengecas DC satelit Kempower, masing-masing mempunyai dua nozel yang menyalurkan tenaga sehingga 150kW.
Stesen Pengecasan EV Lain di Kerteh
Sebelum stesen ini dilancarkan, pengecas DC terdekat hanya berkapasiti 50kW di Kelab Golf Rekreasi Petronas yang terletak 15 minit dari sini. Pengecas lain pula memerlukan perjalanan sekurang-kurangnya satu jam dari lokasi ini.
Kadar Pengecasan
-full.jpg)
Pengguna boleh mengakses pengecas ini melalui aplikasi Gentari Go dan ChargEV. Kadar pengecasan ditetapkan pada RM1.50/kWj, sama seperti yang dikenakan oleh kebanyakan pengendali titik pengecasan (CPO) lain. Bagaimanapun, buat masa ini, stesen terbaru Gentari ini masih belum memiliki fungsi Autocharge yang dijangka akan diperkenalkan dalam masa yang terdekat.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
