Link Copiedcheck_circle
EV

Penghantaran Leapmotor C10 ke Rantau Asia Pasifik Bermula – Lancar di Malaysia 16 Oktober ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Leapmotor-International-has-shipped-the-first-batch-of-Leapmotor-C10-SUVs-from-China-to-various-ports-in-the-APAC-region-this-month.jpg


Stellantis Malaysia bakal melancarkan SUV elektrik Leapmotor C10 pada 16 Oktober 2024 ini. 


Leapmotor, yang dimiliki 51% oleh Stellantis, merupakan syarikat pemula (startup) kenderaan elektrik (EV) ketiga terbesar di China, dengan lebih daripada 460,000 unit kenderaan telah diserahkan kepada pengguna setakat September 2024. 


Kali ini jenama automotif ini membuat pencapaian penting dalam pengembangan globalnya  melalui penghantaran pertama SUV C10 dari Shanghai ke pelabuhan di seluruh rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia. 


Apa yang Menarik dengan Leapmotor C10?


(Photo-2)-Leapmotor-C10-SUV.jpg


C10 dibangunkan berdasarkan platform tercanggih Leapmotor, LEAP 3.0, yang dilengkapi dengan motor elektrik tunggal di bahagian belakang yang menghasilkan 215 hp. Ia juga dilengkapi dengan bateri LFP 69.9 kWj yang mampu mencapai jarak perjalanan sehingga sejauh 420 km berdasarkan ujian WLTP dengan satu pengecasan penuh. Ini menjadikan C10 sebuah SUV elektrik segmen D yang mampu memberikan saingan sengit kepada model elektrik lain seperti XPeng G6.


(Photo-1)-Leapmotor-C10-SUV.jpg

 

C10 versi eksport yang akan dipasarkan di Malaysia turut menampilkan teknologi termaju cell-to-chassis (CTC) yang merupakan asas kepada platform EV ini. Teknologi ini menawarkan beberapa kelebihan yang signifikan dalam rekaan dan prestasi seperti penggunaan ruang bateri yang lebih optimum, ini membolehkan pengurusan haba yang baik di mana sistem ini mampu menghalang penyebaran haba sehingga 720 minit, mengelakkan isu kepanasan yang menjejaskan prestasi bateri. 


Selain itu, teknologi CTC turut menyokong pelbagai input pengecasan , termasuk teknologi supercharging 800V/400V dan 4C/2C, memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk memilih pengecasan yang lebih pantas dan efisien, sekali gus memendekkan masa pengecasan. 


CTC juga membantu meningkatkan kestabilan kenderaan dengan memberikan kekukuhan kilasan yang sangat tinggi, iaitu 42,500Nm/darjah. Ini bermakna, kenderaan mempunyai keupayaan untuk menyerap daya dengan lebih baik, menjadikannya lebih stabil dan selesa untuk dikendalikan di pelbagai jenis permukaan jalan.


web_MA_CariCarz_Leapmotor-C10-Preview_-1-full.jpg


Lebih menarik, aspek kawalan dan pemanduan kenderaan ini telah ditala oleh Maserati, meningkatkan lagi pengalaman pemanduan. 


Seni bina CTC turut diintegrasikan dengan sistem Leapmotor Four-Leaf Clover Central Electronic dan Electrical Architecture (E/E), yang didatangkan dengan cip Qualcomm Snapdragon. Semua kawalan kenderaan, termasuk kokpit, pemanduan, kuasa dan sistem badan dikelola melalui satu unit pengawal mikro (MCU) dan System-on-Chip (SoC), menjadikan pengendalian kenderaan lebih cekap dan responsif.


web_MA_CariCarz_Leapmotor-C10-Preview_-14-full.jpg


Selain daripada aspek teknologi, C10 turut diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana reka bentuknya yang elegan, termasuk memenangi anugerah 2023 International CMF Design Award. Kenderaan ini juga telah menerima penarafan 5 bintang dalam E-NCAP. 


Rancangan Masa Depan 


Stellantis turut merancang untuk melancarkan sekurang-kurangnya satu model Leapmotor baharu setiap tahun untuk tiga tahun akan datang, menunjukkan visi jangka panjangnya dalam mentransformasikan mobiliti elektrik di rantau ini. Ini sejajar dengan usaha untuk memperkukuh kehadiran kenderaan elektrik di pasaran Malaysia dan serantau.

Baca: SUV EV Comel Leapmotor T03 Diperkenalkan Di Eropah – Malaysia Pasaran Seterusnya?

Tag:

Leapmotor
Leapmotor Malaysia
Leapmotor C10
Stellantis Malaysia
Leapmotor EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global

Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global

Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.

22-06-2026
Global
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Berita Auto
Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Global
Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global
Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?

Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?

SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.

24-11-2025
EV
Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K

Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K

Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.

17-11-2025
Global
Leapmotor B05 Ultra Diperkenalkan – Model Elektrik Yang Sporty

Leapmotor B05 Ultra Diperkenalkan – Model Elektrik Yang Sporty

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Leapmotor, telah mendedahkan imej pertama Leapmotor B05 Ultra yang juga dikenali sebagai Lafa 5 Ultra di China.

09-10-2025

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026