Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PROTON Bekerjasama dengan JTM Untuk Majukan Program TVET

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta nasional PROTON, vendor dan pengedarnya, telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTM) untuk memajukan Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Jalinan kerjasama itu dimeterai di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). untuk meningkatkan kemahiran pelajar dan pekerja sedia ada.

Kemahiran mereka akan diasah menerusi Program Latihan Struktur PROTON ADTEC dan penempatan pekerjaan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Agung Kementerian Sumber Manusia, Sutekno Ahmad Belon.

Tiga Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung JTM, Datuk Rospiagos Taha, bersama PROTON, Persatuan Vendor PROTON (PVA), dan Persatuan Pengedar PROTON Edar (PEDA) Karnival TVET di ADTEC Melaka pada 3 Oktober lalu.

image.png

Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam kalangan pekerja sedia ada PROTON, pelajar, serta pengajar dari institusi di bawah JTM.

Langkah itu diambil  bagi menangani kekurangan tenaga kerja mahir dalam industri automotif tempatan.

Untuk memperluas inisiatif, kerjasama ini juga akan menyediakan akses kepada 33 ADTEC dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) lain di bawah JTM.

image.png

Institusi Latihan JTM (ILJTM) ini merangkumi 10 kluster, termasuk penyelenggaraan elektrik, perkhidmatan kejuruteraan, pembuatan produk dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). 

Kerjasama ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada PROTON tetapi juga berpotensi untuk meluas kepada vendor dan pengedar melalui latihan dan penempatan, pembangunan modul, perantisan dan pensijilan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, dengan melabur pada golongan muda melalui latihan dan pembangunan yang disasarkan, pihaknya bukan sahaja mahu membangunkan pekerja mahir, tetapi juga meletakkan asas untuk masa depan.

“Kami mahu meningkatkan kemahiran dan memperkasakan bakat adalah penting untuk pertumbuhan PROTON dan industri automotif. 

“Inisiatif ini bukan sahaja akan meningkatkan tenaga kerja kami tetapi juga memupuk inovasi dan kecemerlangan dalam operasi serta memastikan kami kekal di barisan hadapan dalam industri,” katanya.

image.png

Selepas majlis menandatangani MoU, 16 pelajar dari ADTEC Melaka menerima surat tawaran perantisan selam enam bulan, manakala 5 pensyarah menerima surat penempatan kerja selama satu bulan dengan PROTON, PVA dan PEDA. 

Para pelatih akan berpeluang menjalani latihan di tempat kerja di kilang PROTON dan Geely, dengan penempatan pekerjaan pilihan di kilang pembuatan atau kilang enjin PROTON.

Sebaliknya, lima kakitangan sedia ada PROTON telah dipilih untuk menyertai program modular yang diberikan oleh ADTEC Melaka, dengan sasaran untuk mencapai 600 kakitangan PROTON secara berperingkat. 

Program modular ini merangkumi teknologi automotif, teknologi komputer dan teknologi telekomunikasi. 

Majlis penyerahan surat tawaran diadakan selepas pemindahan peralatan latihan, yang merangkumi satu unit enjin, satu unit transmisi dan dua unit Proton X50 ke ADTEC Melaka pada hari yang sama. 


Gallery

Tag:

Technical and Vocational Education Training (TVET)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan

Nampaknya, dua set pertama tren pelbagai gerabak (EMU) dan dua unit lokomotif elektrik (E-Loco) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dijangka tiba selewat-lewatnya hujung tahun ini.

16-07-2025
Berita Auto

6 EV Untuk Pelajar TVET Kaji Teknologi EV

Enam kenderaan elektrik (EV) akan diagihkan kepada institusi pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) terpilih.

27-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026