Link Copiedcheck_circle
EV

Proton e. MAS 7 Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM120K!

Suhana Veru

Kongsi melalui

PHOTO_OP_2.png

Anak syarikat Proton, PRO-NET  sudah membuka tempahan untuk model kenderaan, Proton e.MAS 7, sebentar tadi.

Buat masa ini, PRO-NET masih belum mendedahkan harga rasmi EV itu namun ia akan diumumkan pada Disember nanti.

Sebaliknya, PRO-NET mendedahkan bahawa harga anggarannya cuma sekitar RM120,000 dan ia akan ditawarkan dalam dua varian: e. MAS 7 Prime dan  e.MAS 7 Premium.

Apa yang cukup menarik ialah pembeli yang berminat untuk menempah  Proton e.MAS 7 ini hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM500.

PHOTO_OP_2.png

Malah, bagi pelanggan terawal, PRO-NET turut menyediakan tawaran eksklusif Pioneer Privilege Deal yang menawarkan rebat bernilai RM 500 dan Pioneer Gift Pack bernilai RM 1,000.

Bagaimanapun, tawaran ini sah dari 26 Oktober sehingga ke pelancaran rasmi hujung tahun ini.

Menjengah bahagian luarannya, Proton e.MAS 7 masih lagi dibaluti dengan  dibalut dengan pelekat penyamaran namun rupa parasnya seiras dengan Geely E5  namun yang bezanya ada lambang harimau.

image.png

Apa tidaknya, e.Mas 7 dan Galaxy E5 sebenarnya  model yang diasaskan dari platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA), maka tidak hairanlah mengapa rupa mereka sama!

Selain itu, apa yang pasti e. MAS 7 ini menampilkan profil luaran yang bergaya dengan roda aloi aerodinamik 19 inci, manakala pemegang pintu tersembunyi, dan hadir dengan lampu belakang jenis LED 3D yang meningkatkan daya tarikan estetik.

Menjengah  ruang dalaman Proton e.MAS 7, ia menggabungkan ciri sebenar antara praktikaliti dan integrasi yang direka sepenuhnya untuk kemudahan dan keselesaan pemandu. 

Ia hadir dengan papan pemuka dengan skrin tengah gergasi bersaiz 15.5-inci, paparan instrumen pemandu dengan skrin 10.2-inci, roda stereng berbentuk oblong dengan fungsi anti-bakteria, selain terdapat paparan resolusi 2.5k yang beroperasi dengan Flyme OS. 

image.png

Bukan itu sahaja, kedua-dua varian hadir dengan  sistem bunyi Wanos 16-pembesar suara termasuk pada perehat kepala.

image.pngimage.pngimage.pngimage.png

Antara kelengkapan lain ialah lampu ambien 256 warna, dilengkapi sistem Vehicle-to-load (V2L), dua pemegang cawan dengan penutup, pad pengecas telefon pintar tanpa wayar, ada perehat tangan, ada ruang penyimpanan di bahagian bawah tempat duduk belakang ada port 12V, USB-A dan USB-C.

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi dengan sistem pendingin hawa automatik dengan penapis N95, manakala tempat duduknya dibaluti dengan material  leatherette dan  tempat duduk pemandu boleh dilaraskan kepada enam hala.

Sementara itu, ruang butnya adalah sebesar 461 liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruang butnya bertambah luas.

image.pngimage.png

Difahamkan, kedua-dua varian e.MAS 7disumbat dengan  motor elektrik tunggal ’12 dalam 1′.

Ini membolehkan Proton e.MAS 7 mampu menghamburkan kuasa setakat 218 PS dan tork maksima 320 Nm. 

Untuk itu, Proton e. MAS 7  berupaya memecut dari dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat, manakala kelajuan maksimumnya adalah  175 km/j.

Menyentuh mengenai bateri, varian Prime didatangkan dengan bateri lithium logam fosfat (LFP) “bilah pendek” Aegis yang berkapasiti 49.52 kWj.

image.png

 Ini membolehkan varian Prime boleh melakukan perjalanan sejauh 345 kilometer manakala Premium yang dilengkapi dengan bateri 60.22 kWj pula memberikan jarak 410 km.

image.png

Dari segi dimensi, Proton e.MAS 7 berukuran 4,615mm (panjang), 1,901mm ( lebar) , 1,670mm tinggi manakala jarak roda pula  2,750mm.

Menyentuh mengenaiciri-ciri keselamatan, kedua-dua varian hadir dengan enam beg udara, kamera 360-darjah selain hadir dendgan sistem bantuan termaju (ADAS) dengan fungsi termasuk brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan dan banyak lagi.

Di sebalik majlis pendedahan e. MAS 7, Pro-Net juga memperkenalkan  Aplikasi e.MAS. Ia merupakan  platform dinamik yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman pengguna daripada tempahan sehinggalah ke pemilikan kenderaan. 

image.png

Super-App ini memudahkan pengurusan tempahan kenderaan, penjadualan servis, dan akses kepada rangkaian pengecasan EV menyeluruh di Malaysia yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

Jika anda mahu menyaksikan e.MAS 7 dengan lebih dekat, anda boleh mengunjungi acara Auto Car Expo (ACE) 2024 yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web: https://emas.proton.com/.


Gallery

Tag:

Proton New Energy Technology (PRO-NET)
Proton e.MAS 7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS

Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi

13-08-2026
EV

Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan

Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.

28-07-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?

Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?

06-03-2026
Kereta Baru

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
Kereta Baru

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026