Link Copiedcheck_circle
EV

Proton e.MAS 7 Tour Mulakan Penggembaraan EV Esok

Suhana Veru

Kongsi melalui

DSC02181.JPG

Orang ramai  berpeluang menyaksikan Proton e.MAS 7 dengan lebih dekat memandangkan model kereta elektrik pertama Proton itu akan  memulakan perjalanannya merentasi Semenanjung Malaysia  hingga ke Sabah dan Sarawak, bermula esok.

Jelajah e.MAS 7 dibina atas kejayaan “Long Test Drive” Geely E5 dari China ke Malaysia bagi membuktikan ketahanan dan kebolehpercayaan teknologi tersebut walaupun menghadapi cuaca buruk. 

STJ_3900.JPG

Pengembaraan epik ini yang membabitkan perjalanan sejauh 2,000 kilometer  akan menelusuri  semua negeri bermula dengan Negeri Sembilan dan Melaka pada hari esok.

Jelajah ini disertai dengan persinggahan di stesen pengecasan dan tempat makan popular di mana orang ramai berpeluang melihat dan berinteraksi dengan e.MAS 7.

STJ_4230.JPG

Apa yang cukup menarik, Proton e.MAS 7 akan merentasi jalan raya di Malaysia sambil menikmati kepelbagaian makanan tempatan yang terkenal, bermula dari Negeri Sembilan dan berakhir di Sarawak pada 29 November.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, PRO- NET., Zhang Qiang berkata, Jelajah e.MAS 7 adalah permulaan kepada perjalanan yang menarik bagi jenama ini kerana ia membawa reka bentuk yang cukup gah.

“ Saya yakin pasukan jurutera kami akan mempercepatkan penyesuaian Proton e.MAS 7 dengan keadaan unik di Malaysia sambil menekankan komitmen PRO-NET dalam membina dan mengembangkan ekosistem EV tempatan,” katanya.

Proton e.MAS 7 kini berada di dalam fasa akhir ujian dimana unit percubaan ini terus diuji dengan teliti bagi menyesuaikannya dengan keperluan pengguna Malaysia. 

STJ_4170.JPG

Difahamkan, Jelajah Proton e.MAS 7 akan menampilkan seorang pengacara bergerak. ‘

Di setiap negeri, seorang ‘public figure’ akan menyertai jelajah untuk berinteraksi dengan rakyat di lokasi makanan popular bagi mengeratkan hubungan dengan EV nasional pertama ini. 

Proton-e.MAS-7-Tour-(2).jpg

Berikut adalah lokasi persinggahan  Jelajah Proton e.MAS 7

5 Oktober 2024 – Negeri Sembilan dan Melaka

6 Oktober 2024 – Melaka dan Johor

7 Oktober 2024 – Johor

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan Proton e. MAS 7, layari laman web Proton e.MAS.

Tag:

Proton e.MAS
Proton e.MAS 7 Tour
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton Lantik Grand Motors Sebagai Pengedar Rasmi Proton e.MAS Di Brunei

PROTON Lantik Grand Motors Kendali Rangkaian EV Di Brunei.

29-06-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.

21-04-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
Kereta Baru

Proton e.MAS 7 PHEV Bakal Tiba 4 Feb Ini – Anggaran RM110K-RM130K, 1,065 KM

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran Proton e.MAS 7 PHEV akhirnya terjawab. Menerusi hantaran terbaru di media sosial rasmi Proton e.MAS baru-baru ini, SUV hibrid plug-in sulung negara ini dijangka akan membuat kemunculan rasmi dalam masa kurang 10 hari lagi,

27-01-2026
EV

Proton e.MAS Kini Miliki Lebih 50 Cawangan, Antara Pengedar EV Terbesar Di Malaysia

Pengedar rasmi Proton e.MAS, kini merupakan rangkaian pengedar kenderaan elektrik (EV) terbesar di Malaysia memandangkan ia kini mempunyai lebih 50 cawangan di seluruh negara, setakat ini.

27-10-2025
EV

Proton e.MAS 5 Bakal Tiba Dengan Kabin Hitam?

Nampaknya, Proton e.MAS 5 bakal ditawarkan dalam versi kabin berwarna hitam. Pilihan warna kabin yang gelap ini dipamerkan ‘dalam diam’ oleh Proton di beberapa lokasi roadshow Jelajah MISI 5 yang kini sedang berlangsung.

25-09-2025
EV

Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim

Dalam tempoh kurang setahun selepas majlis pecah tanah, Proton telah merasmikan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Tanjung Malim, Perak.

05-09-2025

Berita Terkini

EV

RUU 2026: Syarat Pendaftaran EV Bakal Lebih Ketat

Cukai Jalan EV Boleh Ditolak? Ini Syarat Ketat Pendaftaran Baharu Yang Anda Wajib Tahu.

22-07-2026
EV

EV Gerak Sambil Cas Bateri, Selesai Masalah Range Anxiety

Kereta elektrik bergerak sambil dicas dengan panel solar.

22-07-2026
EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026