Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat Pengedaran Pelbagai Jenama Pertama Stellantis Dibuka Di Jalan Klang Lama

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Allure-Auto-Old-Klang-Road-will-house-new-PEUGEOT-models-and-the-recently-launched-Leapmotor-brand.jpg


Selepas melancarkan Leapmotor C10, Stellantis Malaysia meneruskan momentumnya dengan pembukaan pusat pengedaran pelbagai jenama pertama di Malaysia pada hujung minggu lalu.


Pusat pengedaran yang dikendalikan oleh Allure Auto Sdn Bhd ini terletak strategik di Jalan Klang Lama. Cawangan ini memiliki ruang pameran yang luas, boleh memuatkan lima buah kereta dalam suasana moden yang jelas menyerlahkan aura Peugeot dan Leapmotor


Baca: Leapmotor C10 Kini Rasmi Di Malaysia – Hanya RM149,000 Hingga 30 Nov Ini


Serba Lengkap Untuk Pelanggan


Stellantis-Malaysia-launches-first-multi-brand-dealership-with-Allure-Auto-Old-Klang-Road.jpg


Selain ruang pameran yang menarik, pusat pengedaran ini turut menawarkan ruang santai yang selesa dan ruang penyerahan kenderaan yang eksklusif. Turut disediakan ialah paparan konfigurator interaktif yang membolehkan pelanggan melihat dan memilih spesifikasi kenderaan yang diinginkan untuk pengalaman pembelian yang lebih memuaskan. 


Buat masa ini, pusat pengedaran Allure Auto Jalan Klang Lama beroperasi sebagai pusat 1S yang menyediakan perkhidmatan jualan. 


Fasilti Servis & Alat Ganti (2S) Bakal Dibuka


Pada masa akan datang, Allure Auto akan turut menubuhkan fasiliti servis dan alat ganti (2S) di USJ 1 yang termasuk servis pembaikan sistem bervoltan tinggi, badan dan cat, diagnostik serta penyelenggaraan umum untuk memenuhi keperluan selepas jualan bagi jenama Peugeot dan SUV elektrik Leapmotor C10.


Untuk pelanggan Peugeot sedia ada, Allure Auto akan bekerjasama dengan pusat pengedaran Peugeot yang berdekatan bagi menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif.


Baca: Baru Dibuka: Pusat 2S Peugeot Di Taipan, Subang Jaya


Komitmen Terhadap Pengalaman Pelanggan 


(L-R)-Jamie-Francis-Morais,-Managing-Director,-Stellantis-Malaysia-and-Lai-Choong-Yik,-Director-of-Allure-Auto-at-the-Allure-Auto-Old-Klang-Road-opening.jpg


Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais (kiri) dan Pengarah Allure Auto, Lai Choong Yik (kanan)


"Allure Auto telah menjadi rakan pengedar yang hebat, dan pembukaan cawangan kedua ini menunjukkan komitmen mereka untuk menyediakan pengalaman jenama yang luar biasa kepada pelanggan kami, sambil mengembangkan rangkaian kami di seluruh negara," kata Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais. 


"Pembukaan Allure Auto di Jalan Klang Lama adalah langkah strategik untuk membawa jenama lebih dekat kepada pelanggan dan peminat setia kami. Selain itu, kami komited untuk memenuhi keperluan selepas jualan pelanggan sedia ada melalui kemudahan servis kami yang akan datang di USJ 1," tambah Pengarah Allure Auto, Lai Choong Yik.


Kedua-dua eksekutif tersebut hadir semasa majlis pelancaran rasmi pusat pengedar Allure Auto Jalan Klang Lama hujung minggu lalu. Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan ini dan fasiliti lain yang bakal dibuka, boleh melayari laman web rasmi Peugeot dan Leapmotor.


Tag:

Stellantis Malaysia
Pusat Pengedaran Stellantis Malaysia
Peugeot Malaysia
Leapmotor Malaysia
Pusat 1S Stellantis Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Berita Auto

Stellantis Malaysia Tak Jadi Bawa Masuk Jenama Jeep?

Ramai menjangkakan Stellantis Malaysia akan menghidupkan semula jenama Jeep di negara ini, bagaimanapun, laporan terkini mendedahkan bahawa tugasan tersebut kini akan dilaksanakan oleh Red Rock & Rosso Motor.

10-06-2025
Berita Auto

Pusat Servis, Bilik Pameran Untuk Peugeot & Leapmotor Sudah Dibuka

Stellantis Malaysia merasmikan pusat servis Subang dan bilik pameran untuk pelbagai jenama yang terletak di Desa Park City, Kuala Lumpur baru-baru ini.

10-03-2025
Berita Auto

Pusat 3S Peugeot Kini Dibuka Di Kuching, Sarawak

Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di Kuching, Sarawak.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026