Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Cars Malaysia Kongsi Teaser Model Baharu – Sea Lion 07 Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

465282415_536369979231219_5541983762961399012_n.jpg


BYD Cars Malaysia hari ini telah mendedahkan imej teaser yang ‘mungkin’ memberi bayangan tentang kedatangan kenderaan elektrik (EV) baharu ke pasaran tempatan tidak lama lagi. 


Imej yang dikongsikan melalui laman Facebook rasminya itu menunjukkan seekor singa laut berenang di dalam lautan biru dengan kapsyen “SUV berprestasi dengan gaya premium.”


Berdasarkan teaser ini, besar kemungkinan model yang dimaksudkan ialah BYD Sea Lion 07, yang pertama kali diperkenalkan di peringkat global semasa acara Auto Guangzhou 2023.


Reka Bentuk BYD Sea Lion 07


BYD-SeaLion07-EV-1.jpg


Dari segi dimensi, SUV elektrik ini berukuran 4,830 mm panjang, 1,925 mm lebar, 1,620 mm tinggi dengan jarak roda 2,930 mm, meletakkannya sebagai SUV segmen D yang bakal memberikan saingan sengit kepada model seperti Leapmotor C10 dan Xpeng G6.


Baca: Ini Dia Pesaing Tesla Model Y, SUV Xpeng G6, Ada 2 Varian - Harga Bermula Dari RM167K


SUV crossover EV bersaiz sederhana yang dibangunkan berdasarkan model sedan sporty, BYD Seal, ini memiliki bentuk bumbung seakan coupe dengan sudut belakang yang condong. 


BYD-SeaLion07-EV-3.jpg


Ciri menarik lain ialah lampu belakang LED yang berkelebaran penuh dari kiri ke kanan, menyerlahkan aura futuristik dan elegan sebuah EV serta kehadiran  faux diffuser.


Platform BYD e-Platform 3.0 Evo yang Diperbaharui


BYD-SeaLion07-EV-4.jpg


Sea Lion 07 dibina di atas platform BYD e-Platform 3.0 Evo, sama seperti BYD Seal versi terkini yang  telah ditawarkan di pasaran China dan Eropah. Dengan teknologi cell-to-body (CTB) dan senibina bateri yang mampu menampung 800 Volt, model untuk pasaran China hadir dalam versi bateri berkapasiti 71.8 kWj atau 80.64 kWj, yang membolehkannya mencapai jarak pemanduan maksimum sehingga 610 km, berdasarkan standard CLTC.


Tiga Pilihan Trenkuasa Ditawarkan


Sea Lion 07 ditawarkan dalam tiga pilihan trenkuasa, termasuk dua varian pacuan roda belakang (RWD) dengan output sehingga 228 hp (170 kW) dan 308 hp (230 kW). 


Varian yang tertinggi diberikan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor yang mampu mencapai output keseluruhan sehingga 523 hp (390 kW). Ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j hanya dalam 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 214 km/j.


BYD-DiSus-8.jpgBYD-SeaLion07-EV-2.jpg


Dari segi teknologi, Sea Lion 07 turut dilengkapi dengan ciri kawalan badan pintar DiSus-C BYD merangkumi sistem suspensi adaptif yang menjanjikan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi. 


Ciri Keselamatan BYD Sea Lion 07


Di samping itu, model ini didatangkan dengan pakej ADAS canggih DiPilot 100 yang terdiri daripada 12 radar ultrasonik, lima radar gelombang milimeter dan 11 kamera untuk membolehkan bantuan pemanduan Tahap 2. Ciri-ciri ADAS ini termasuk bantuan kekal lorong (LKA), kawalan jelajah adaptif (ACC), amaran keluar lorong (LDW) dan banyak lagi. 


Adakah BYD Sea Lion 07 Mampu Menggugat Kedudukan Tesla?


BYD-SeaLion07-EV-5.jpgBYD-SeaLion07-EV-6.jpg

  

Jadi, apa pandangan anda tentang BYD Sea Lion 07 ini? Mungkinkah SUV crossover sporty ini akan berjaya mengatasi dominasi Tesla Model Y dalam pasaran SUV EV saiz sederhana di Malaysia? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Tag:

BYD Cars Malaysia
BYD Sea Lion 07
BYD Sea Lion 07 Teaser
BYD Sea Lion 07 EV SUV
EV SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Kereta Baru
Kereta Baru

20-08-2025
Kereta Baru
Kereta Baru
Kereta Baru
Kereta Baru

Berita Terkini

EV

Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik WN7 – Naked Bike

Honda memperkenalkan Honda WN7, motosikal elektrik pertama mereka ke pasaran Eropah baru-baru ini.

21-09-2025
EV

Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025 memandangkan jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

18-09-2025
EV

BYD Siar Video Yangwang U9 02, Prototaip Supercar EV Ini Mampu Hambur Kuasa Hampir 3,000 HP!

Kereta elektrik supercar yang dikenali sebagai Yangwang U9 '02' didedahkan dalam satu video pendek.

18-09-2025
EV

Hanya 27 Kes Kebakaran Kereta EV, Hibrid Sejak Tahun 2023-2025

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 27 kes kebakaran membabitkan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid direkodkan dari 2023 hingga Julai lepas.

10-09-2025
EV

Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

10-09-2025
EV

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
EV

BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik

BMW akhirnya mendedahkan model pertamanya yang dibangunkan berasaskan platform kenderaan elektrik (EV) baharu, Neue Klasse, dengan pengenalan model BMW iX3 generasi kedua.

08-09-2025
EV

Bilik Pameran iCaur Kedua Dibuka Di Petaling Jaya

iCaur Malaysia secara rasmi membuka bilik pameran keduanya, iCaur Playground, yang bertempat di lokasi strategik di Petaling Jaya, Selangor.

06-09-2025