Link Copiedcheck_circle
EV

Dalam Sebulan Lagi, Gentari Hasrat Bina 550 Poin Pengecasan EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gentari Sdn Bhd berhasrat untuk membina antara 500 sehingga 550 poin pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara menjelang penghujung tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Gentari, Haikal Zubir, berkata ketika ini terdapat sebanyak 460 poin pengecasan termasuk 75 di sepanjang lebuh raya.

"Pembinaan stesen pengecasan EV ini akan dilaksanakan di sepanjang lebuh raya, kawasan bandar dan daerah-daerah terpilih.

image.png

"Diharap dengan adanya penambahan lebih banyak poin pengecasan kenderaan di kawasan memerlukan akan membantu memudahkan pengguna," katanya.

image.png

Beliau berkata demikian selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof melawat Stesen Pengecasan EV Gentari di Hentian Sebelah Senawang Arah Selatan, pagi tadi.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada Program PETRA Skuad Zon Selatan Ke Melaka yang berlepas dari Menara PETRA, Putrajaya.

Mengulas lanjut Haikal berkata, pembinaan lebih banyak stesen pengecasan EV di seluruh negara turut diharap dapat mengatasi limitasi punca kuasa pengecasan terutama kawasan Rehat dan Rawat (RnR) lebuh raya.

Sementara itu, Fadillah turut menasihati pengguna EV supaya memilih stesen pengecasan yang mempunyai lesen bagi mengelak daripada kenderaan berhadapan masalah.

Ini kerana stesen pengecasan yang tidak berlesen boleh menyebabkan kenderaan terbakar.


Gallery

Tag:

Gentari Sdn Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Mercedes-Benz Jalin Kerjasama Demi Menyediakan Pengecas EV Untuk Pelanggan

MBM turut memeterai kerjasama dengan beberapa CPO untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV yang lebih cekap di seluruh negara.

29-11-2024
EV

Naza Auto Sedia Pengecas EV di Seluruh Negara Bersama Gentari

Naza Automotive Holdings Sdn Bhd (Naza Auto) kini bekerjasama dengan syarikat penyedia penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn Bhd (Gentari).

19-04-2024
EV

Gentari Go Rasmi Di M'sia! 1 Aplikasi Pelbagai Fungsi Untuk Pemilik EV, Ini Yang Menarik...

Gentari lancarkan aplikasi Gentari Go. Ini apa yang menarik...

22-02-2024
EV

Gentari & KPJ Lancar Pengecas EV DC & AC Pertama Di Menara KPJ

KPJ Healthcare Berhad (KPJ) telah melancarkan secara rasmi stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) pertamanya.

24-01-2024
EV

Sime Darby & Gentari Bekerjasama Majukan Infrastruktur EV

Sime Darby Motors (SDM) dan Gentari Sdn Bhd, menandatangani MoU untuk mempercepatkan pembinaan infrastruktur pengecasan EV.

14-10-2023
EV

Gentari, BMW Malaysia Meterai Kerjasama Bangunkan Ekosistem Pengangkutan Hijau

Gentari Green Mobility Sdn Bhd. telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BMW Malaysia.

07-08-2023
EV

Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?

Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand

19-05-2023
EV

Gentari dan City Energy Meterai MoU Bangunkan Pengecas EV Rentas Sempadan Malaysia-Singapura

City Energy dan Gentari Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan rangkaian pengecasan EV.

19-04-2023

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026