Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kemalangan Babit Pemandu Veteran Kian Meningkat – Perlu Syarat Tambahan Pembaharuan Lesen?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lesen-Kopi-(1).jpg

Jumlah kemalangan jalan raya melibatkan pemandu warga emas di Malaysia semakin membimbangkan. Salah satu langkah yang dicadangkan untuk mengurangkan risiko ini adalah memperkenalkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu untuk individu berusia 65 tahun dan ke atas, lapor NST


Statistik Membimbangkan


Data menunjukkan peningkatan kemalangan melibatkan pemandu berusia 60 tahun dan ke atas semakin bertambah dari tahun ke tahun iaitu daripada 8.9% pada tahun 2020, kepada 9.2% pada tahun 2021 dan 12% pada tahun 2022. 


Peningkatan ini seiring dengan pertambahan populasi warga emas di Malaysia yang dijangka melebihi 3.8 juta (11.3%) pada 2023, dedah Jabatan Perangkaan Malaysia.  


Penilaian Kesihatan & Kecekapan


432094012_798409572315454_2136706357614096437_n.jpg

  

Cadangan syarat tambahan untuk pembaharuan lesen ini melibatkan penilaian kesihatan dan kecekapan bagi memastikan warga emas yang memandu masih memiliki keupayaan fizikal dan mental yang diperlukan. 


Di beberapa negara seperti Jepun, Singapura, Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat dan UK, langkah serupa telah dilaksanakan tanpa menetapkan had umur maksimum untuk memandu.  


Pelaksanaan Bergantung Kepada Bilangan Kes 


Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr. Siti Zaharah Ishak, langkah penilaian tambahan ini mungkin diperlukan sekiranya kemalangan melibatkan pemandu warga emas terus meningkat. Walaupun undang-undang Malaysia, seperti Seksyen 30(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), memerlukan pemandu memastikan diri sihat untuk memandu, peraturan ini masih bergantung kepada kesedaran individu.  


Baca: MyCINTA: Sistem Kesan Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta Dibangunkan MIROS


Tempoh Pembaharuan Lesen Lebih Singkat


Buat masa ini, lesen pemandu warga emas di Malaysia biasanya diperbaharui untuk tempoh 10 tahun. Namun, di negara lain, tempoh ini adalah lebih singkat iaitu antara dua ke tiga tahun bagi memudahkan penilaian secara berkala dilakukan.  

Sumber: NST

Tag:

Pembaharuan Lesen
Pembaharuan Lesen Memandu
Lesen Memandu
Lesen Memandu Warga Emas
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025
Berita Auto

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

12-11-2025
Berita Auto

Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.

12-11-2025
Berita Auto

Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.

11-11-2025
Berita Auto

SAH! EV Perodua Bakal Dilancar AKhir Bulan Ini

Peluncuran Perodua EV baharu kali ini dijadikan sebagai satu agenda nasional yang besar.

11-11-2025
Berita Auto

Jangan Risau, Jalan Masjid India, KL Selamat! Kerja Pembaikan Sudah Dilaksana

Kerja-kerja pembaikan permukaan jalan sudah dilaksanakan dan siap, semalam.

11-11-2025
Berita Auto

Penduduk Kg Jawa Diberi 2 Minggu Untuk Kosongkan Tapak Projek WCE

Kerajaan Selangor memberi tambahan dua minggu kepada penduduk 19 lot tanah di Kampung Jawa, Klang untuk mengosongkan tapak itu bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

11-11-2025
Berita Auto

Jalan Mendap: Banyak Jalan Di Jalan Masjid India Terpaksa Ditutup

Sebahagian laluan di Jalan Masjid India ditutup sementara susulan kejadian mendapan jalan yang berlaku pagi tadi.

10-11-2025