Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerajaan Bakal Guna Kod QR Di Sempadan Johor-Singapura, Tahun Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kerajaan akan menggunakan sistem kod Respons Pantas (QR) kepada semua jenis pengangkutan bagi melancarkan aliran trafik pintu masuk negara di Johor-Singapura, bermula tahun depan.

Buat masa ini, pelaksanaan sistem kod QR melibatkan penumpang bas dan penunggang motosikal.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,  sistem kod QR ini telah dilaksanakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pada Jun lalu.

“Bagi fasa pertama ini, perolehan ‘vendor’ akan dimuktamadkan dan susulan itu penggunaan kod QR ini akan diperluaskan kepada jenis pengangkutan lain seperti kenderaan persendirian dan sebagainya.

“Kita menyasarkan pada tahun hadapan, susulan berdasarkan unjuran laluan Johor-Singapura dijangka akan menerima kemasukan kenderaan sebanyak 150 juta setahun berbanding 116 juta sebelum ini, Singapura juga merupakan penyumbang pelancong tertinggi di Malaysia bagi negara-negara Asean dan keduanya adalah Thailand,” katanya.

image.png

Mengulas lanjut, beliau berkata, langkah itu dikatakan dapat menjimatkan dua hingga tiga saat di laluan terbabit.

Jika dahulu terdapat satu kaunter untuk cop passport, kemudian kenderaan perlu gerak ke depan sedikit untuk urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tol namun semua urusan ini disatukan menerusi kaedah QR ini,” jelasnya lagi.

Malah, penggunaan aplikasi dalam tempoh ujian terbukti dapat memendekkan masa menunggu dan membantu mengurangkan kesesakan, manakala pengumuman rasmi mengenai aplikasi ini akan dibuat dalam masa terdekat.


Gallery

Tag:

Singapura
Kod QR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Takut Disita, Pemilik Kenderaan Singapura Bayar Saman Serta-Merta, JPJ Dapat RM1.17 Juta

Sejumlah 3,910 saman telah dikeluarkan terhadap kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura yang didapati gagal melengkapkan dan mengaktifkan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

22-10-2025
Berita Auto

Kenderaan Singapura Buat E-Hailing Haram Di Malaysia, Tindakan Tegas Menanti

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengesan kewujudan kenderaan Singapura yang menjalankan perkhidmatan e-hailing kepada pelancong ke dalam negara secara haram.

15-08-2025
Berita Auto

Linkedua Ditutup Esok Sebab Ada Latihan Tumpahan Bahan Kimia

Linkedua Tuas dari Singapura ke Malaysia akan ditutup selama sembilan jam pada hari esok.

22-07-2025
Berita Auto

Tawar Perkhidmatan Sewa Kereta Dari Singapura-Malaysia Secara Haram, 22 Pemandu Ditahan

Seramai 22 pemandu ditahan kerana menawarkan khidmat kereta sewa secara haram di Singapura.

15-07-2025
Berita Auto

Rakyat Singapura Dikenakan RM300 Sebab Masih Tidak Aktif Tag RFID VEP

Seramai 10 pemandu dari Singapura disaman RM300 dalam tempoh sejam pertama sejurus Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing dari Singapura , dikuat kuasa mulai hari ini.

01-07-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
Global

Stesen Minyak Singapura Kini ‘Bagai Telur Di Hujung Tanduk'

Jumlah stesen minyak di Singapura menunjukkan penurunan ketara.

25-08-2024
Berita Auto

Ramai Mula Daftar VEP

Sejumlah 80,000 hingga 100,000 kenderaan asing dari Singapura dijangka mendaftar Permit Masuk Kenderaan (VEP),

02-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026