Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengeluaran Toyota GR Supra A90 Ditamatkan, Tapi Ada Final Edition, Itupun Cuma 300 Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluaran Supra (A90) generasi kelima akan dihentikan namun sebelum menamatkan "riwayat" model itu, Toyota membuat keputusan untuk mengeluarkan pula Supra A90 Final Edition.

Model  yang dibangunkan dengan kerjasama BMW adalah versi generasi terakhir. Untuk itu, hanya 300 unit A90 Final Edition dikeluarkan di seluruh dunia.

Toyota Gazoo Racing (TGR) sebenarnya mengeluarkan dua varian eksklusif: Supra A90 2025 (hanya ditingkatkan sedikit dan Supra A90 Final Edition.

image.pngimage.png

Varian A90 Supra 2025 ang ditingkatkan sedikit hanya  memfokuskan kepada pengalaman pemanduan. 

image.png

Apa yang menarik, ia ditawarkan dalam transmisi manual dan automatik.

Difahamkan, model ini didatangkan dengan  casis yang telah ditala semula dengan kawalan pembezaan aktif yang dioptimumkan untuk mengurangkan pembelokan kurang (understeer) dan meningkatkan pengendalian.

image.png

Menjengah bahagian luarannya, ia didatangkan dengan spoiler ducktail gentian karbon serta mempunyai  flap pada ruang roda hadapan. 

image.png

Model ini menggunakan enjin  B58 petrol 3.0 liter enam-silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 387 PS dan tork maksima 500 Nm.

Supra A90 Final Edition pula mampu menghasilkan kuasa setakat  430 hp dan tork 570 Nm.

image.png

Kena dengan namanya, varian final edition ini agak luar biasa memandangkan ianya ditawarkan dengan kotak gear manual enam-kelajuan. 

Selain itu, Supra Final Edition juga menggunakan cakera jenis terapung manakala diameter cakera hadapan bersaiz 395 mm.

image.pngimage.png

Malah, ia didatangkan dengan  pad brek dengan kadar pekali geseran lebih tinggi selain menggunakan hos jenis logam tahan karat.

Bagi menonjolkan ia berbeza dengan satu lagi varian, GR Supra A90 Final Edition ini dipasang dengan tempat duduk bucket penuh gentian karbon Recaro Podium CF.

Tempat duduknya juga dibalut dengan upholsteri Alcantara dengan bahagian penumpang diberikan kemasan hitam.

Biarpun, pengeluarannya dihentikan, A90 Supra akan kekal sebagai sebahagian daripada barisan sukan permotoran TGR.

Buat masa ini, kedua-dua varian itu hanya didapati di pasaran Jepun dan beberapa negara Eropah lain.

Bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada UMW Toyota Motor akan membawa beberapa unit daripada 300 unit itu ke pasaran kita atau sebaliknya!


Gallery

Tag:

Toyota Supra A90
Toyota Supra
UMW Toyota Motor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tular Video: Kereta Supra Cucuk Kereta Depan, Akhirnya Masuk Longkang

Tindakan seorang pemandu Toyota Supra yang memandu secara melulu akhirnya membawa padah, apabila dia dan keretanya terjunam ke dalam longkang di Taman Sri Gombak, Selangor, baru-baru ini.

03-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Global

Mazda & Toyota Bergabung Bangunkan RX & Supra?

Sekiranya laporan ini benar, masa depan kereta sport Jepun (JDM) tampak cerah dengan kehadiran dua model yang dinanti-nantikan ramai ini.

12-02-2025
Berita Auto

Dua Jentera Toyota Ditayangkan di SEMA 2021

Toyota memperkenalkan GR Supra Sport Top dan Edisi Heritage sempena Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) 2021.

17-12-2021
Berita Auto

Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi

Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.

10-07-2026
Kereta Baru

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026