- Berita
- Global
- Pulun Habis: Toyota Tekad Keluarkan 3 Juta Kereta Dalam Setahun Di China, Tapi Bukan Sekarang!
Pulun Habis: Toyota Tekad Keluarkan 3 Juta Kereta Dalam Setahun Di China, Tapi Bukan Sekarang!
Percaya atau tidak, Toyota meletakkan sasaran yang luar biasa apabila syarikat Jepun itu dikatakan mahu mengeluarkan lebih tiga juta kereta dalam setahun di China menjelang tahun 2030 nanti.
Sumber dalaman Toyota berkata kepada Reuters, bahawa pihaknya menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah pengeluaran tahunannya di China, apabila angka pengeluarannya mencapai 1.84 juta unit pada tahun lepas.
Angka tersebut mewakili peningkatan 63% berbanding tahun sebelumnya, di mana pengeluar kereta Jepun itu menghasilkan 1.75 juta unit setiap tahun.
Bagi merealisasikan angka pengeluaran berskala besar itu, sumber yang sama turut mendedahkan bahawa Toyota telah pun memaklumkan beberapa pembekalnya tentang rancangan untuk meningkatkan pengeluarannya.
Langkah itu terpaksa diambil memandangkan jenama besar seperti legasi seperti Toyota juga turut terkesan kesukaran dalam pasaran China ketika ini disebabkan kemunculan pelbagai jenama tempatan seperti BYD, Geely, Xpeng dan banyak lagi.
Walaupun Toyota merancang untuk menggandakan pengeluarannya namun lain pula bagi Nissan dan Honda kerana kedua-dua syarikat ini dikatakan telah mengurangkan kapasiti pengeluaran mereka secara beransur-ansur di China.
Malah, Mitsubishi juga terpaksa membuat keputusan sukar dengan menghentikan segala produksi kenderaan di Tanah Besar China.
Apapun, selain produk global biasa seperti Camry dan Corolla, Toyota juga telah membuat beberapa model secara pemasangan tempatan untuk pasaran China.
Antaranya seperti Toyota bZ3C iaitu kereta kompak serba elektrik yang dibangunkan khusus untuk pasaran tempatan yang menggunakan sistem bateri FinDreams BYD.
Ia boleh melakukan perjalanan sejauh 600 kilometer (CLTC), dengan hanya sekali cas.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari