Link Copiedcheck_circle
Global

Honda Prelude Guna Trenkuasa e:HEV Generasi Terbaru – Ada Gear Maya S+ Shift

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda-Prelude-eHEV-Hybrid-3.jpg


Honda Prelude, yang diperkenalkan sebagai model konsep pada Oktober 2023, terus menarik perhatian ramai walaupun spesifikasinya masih belum didedahkan oleh Honda ketika itu. Tetapi teka-teka kini berakhir kerana Honda telah ‘membuka mulut’ mengenai rangkaian kuasa model sport dua pintu ini.


Rangkaian Kuasa Hibrid Generasi Baharu


Honda mengesahkan Prelude baharu akan menampilkan sistem hibrid e:HEV generasi baharu. Berbeza dengan khabar angin sebelum ini, model ini tidak menggunakan sistem e:HEV 2.0 liter  seperti Civic FE. Sebaliknya, sistem baharu ini lebih kompak dan dilengkapi dua motor elektrik yang menawarkan kecekapan 10% lebih baik berbanding generasi sebelumnya.


Baca: Honda Prelude Versi Hibrid Bakal Dipasarkan di Eropah, Kemunculan Pertama di Festival Goodwood


Honda-Prelude-eHEV-Hybrid-9.jpgHonda-NextGen-eHEV-System-2.jpg


Sistem ini menggunakan enjin petrol 2.0 liter 4 silinder kitaran Atkinson sebagai teras, namun tidak memiliki transmisi mekanikal biasa. Honda memperkenalkan teknologi baharu yang dikenali sebagai S+ Shift, yang membolehkan pemandu pembuat pertukaran gear maya tidak ubah seperti kotak gear sebenar, selain boleh menggunakan pedal penukar gear.  Sistem S+ Shift ini diinspirasikan daripada kaedah kawalan transmisi DCT sembilan kelajuan yang digunakan pada supercar NSX generasi kedua. 


Honda-Prelude-eHEV-Hybrid-1.jpgHonda-Prelude-eHEV-Hybrid-10.jpg


Bagi meningkatkan pengalaman pemanduan, Honda turut menambah bunyi enjin tiruan untuk memberikan lebih keseronokan seolah-olah memandu kenderaan berprestasi tinggi.


Teknologi S+ Shift bukan sahaja eksklusif untuk model Prelude, tetapi dijangka akan diperluaskan kepada model e:HEV generasi akan datang.


Rekaan & Platform Dipertingkat


Honda-NextGen-eHEV-System-12.jpg


Honda Prelude baharu berkongsi platform dengan Civic generasi terkini, tetapi telah dipertingkat untuk memberikannya prestasi yang lebih sporty. Antara perubahan yang diberikan adalah termasuk jarak roda yang lebih pendek, trek tayar yang lebih lebar, sistem suspensi yang dioptimumkan untuk keselesaan dan prestasi, serta platform yang 10% lebih ringan tetapi lebih teguh.


Kemunculan Pertama di Tokyo Auto Salon 2025


Honda-Prelude-eHEV-Hybrid-7.jpgHonda-Prelude-eHEV-Hybrid-5.jpg


Model prototaip Honda Prelude Hybrid dengan sistem e:HEV generasi baharu akan dipamerkan buat pertama kali kepada umum di Tokyo Auto Salon 2025 pada 10 hingga 12 Januari 2025 nanti. Selepas itu, ia dijangka dilancarkan secara rasmi di beberapa pasaran utama, termasuk Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat.

Baca: Konsep Honda Prelude Dipamerkan Di KLIMS 2024, MITEC – Coupe Hibrid Ini Bakal Dikeluarkan 2025 Nanti?

Honda-Prelude-eHEV-Hybrid-2.jpgHonda-TAS2025-Showcase.jpg



Tag:

Honda Prelude
Honda Prelude e:HEV
Honda Prelude S+ Shift
S+ Shift
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
Berita Auto

Konsep Honda Prelude Dipamerkan Di KLIMS 2024, MITEC – Coupe Hibrid Ini Bakal Dikeluarkan 2025 Nanti?

Honda Malaysia kini mempertontonkan model konsep, Honda Prelude di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

05-12-2024
Berita Auto

Konsep Honda Prelude Buat Kemunculan Pertama Di Malaysia Semasa KLIMS 2024 Nanti

Honda Malaysia mengumumkan bahawa model konsep Honda Prelude akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia semasa Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

26-11-2024
Global

Silvia Bakal Muncul Semula Tapi Pada Harga Mampu Milik

Nissan sedang mempertimbangkan untuk menghidupkan semula Silvia.

24-07-2024
Global

Honda Prelude Versi Hibrid Bakal Dipasarkan di Eropah, Kemunculan Pertama di Festival Goodwood

Honda Prelude versi hibrid bakal ditawarkan di pasaran Eropah. Ini yang kita tahu setakat ini...

09-07-2024

Berita Terkini

Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember.

14-11-2025
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025