Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mitsubishi Triton Menang Anugerah Rekaan Terbaik Jepun – Imej "Beast Mode" Yang Menyerlah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-(17).jpg


Mitsubishi Motors berjaya mencipta kejayaan besar apabila trak pikap terbarunya, Mitsubishi Triton, dinobatkan sebagai Kereta Rekaan Terbaik 2024-2025 semasa Anugerah Kereta Terbaik Jepun baru-baru ini. Terkenal dengan reka bentuk gagah yang digelar “Beast Mode”, Triton mencerminkan kekuatan dan kelincahan yang sesuai dengan gaya hidup pengembaraan.


Reka Bentuk 'Gagah' Yang Ikonik


social_TA_CariCarz_Mitsubishi-Triton-Launch_-18.jpg


Antara ciri reka bentuk Triton yang menyerlah sehingga berjaya memukau juri adalah termasuk rekaan yang dinamakan Dynamic Shield di bahagian hadapan yang menjadi identiti ikonik Mitsubishi. Selain itu, gril besar dan ‘otot’ fender memberikan kesan visual yang menarik. Untuk sebuah trak double cab, badan jentera ini juga dilihat memiliki keseimbangan reka bentuk yang baik. 


Baca: Pandu Uji Mitsubishi Triton Athlete 2024, 5 Perkara Yang Anda Patut Tahu!


social_TA_CariCarz_Mitsubishi-Triton-Launch_-29.jpg


Bukan hanya di luar, bahagian kabin Triton turut mendapat pujian, terutamanya rekaan papan pemuka (dashboard) Horizontal Axis, yang memudahkan pemandu melihat kedudukan kenderaan dengan jelas. Kemasan sentuhan lembut (soft-touch) yang digunakan pula meningkatkan keselamatan penumpang.


Tema “Power for Adventure"


Dilancarkan di Thailand pada Julai 2023, Triton baharu yang direka untuk kegunaan rekreasi dan komersial ini telah diberikan rombakan yang menyeluruh dari segi casis, enjin dan kabinnya.


Sejarah Mitsubishi Triton 


Sejak diperkenalkan pada tahun 1978, Mitsubishi Triton telah terjual sebanyak 5.7 juta unit di seluruh dunia, meliputi lima generasi dan dipasarkan di 150 negara. Kini, Triton dihasilkan di Thailand dan dieksport ke lebih 100 negara.


Di Malaysia, Mitsubishi Motors menawarkan Triton dalam lima varian, termasuk versi kabin tunggal terbaru yang dijual daripada RM101,980 hingga RM165,980, menjadikannya pilihan yang kompetitif dalam segmen trak pikap.

Tag:

Mitsubishi Triton
Mitsubishi Motors
Kereta Terbaik Jepun
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Patutlah Berani Mati Pandu Mengundur , Rupanya "Lalok"

Sangka pengarah filem tengah shooting, rupa-rupanya, pemandu high.

09-06-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Mitsubishi Triton Street 2026 Dilancarkan Di Thailand – Mega Cab, Dari RM84K

Mitsubishi Triton Street 2026 rasmi di Thailand. Varian Mega Cab ini tampil dengan rekaan depan yang unik, sistem pacuan 4x2 RWD, enjin 148 hp, transmisi manual dan ditawarkan pada harga kompetitif.

27-11-2025
Global

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Berita Auto

Triton Terbang, Rupanya Pemandu Mabuk

Sebuah pikap jenis Mitsubishi Triton terbabas lalu ‘terbang’ melintasi pembahagi jalan sebelum menghempap lima kereta yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) Cheng, pagi tadi.

25-09-2025
Berita Auto

Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching

MMM bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada hujung minggu ini.

21-08-2025
Berita Auto

Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang

MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

28-04-2025
Global

Nissan Navara Bukan Sekadar Model Rebadge Triton

Nissan Navara generasi akan datang dikatakan akan menerima beberapa perubahan ketara.

13-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026