Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Operasi Gempur Teknikal: Sita, Lucut Hak Kenderaan Perdagangan Gagal Patuhi Akta 715

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan operasi khas bagi mengambil tindakan sita dan lucut hak terhadap kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Ketua Pengarah, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata ia susulan beberapa siri kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya membabitkan kenderaan terbabit.

Katanya, tindakan tegas itu melalui Kaedah-Kaedah daripada akta berkenaan menerusi Operasi Khas 'Gempur Teknikal' di seluruh negara.

"Menerusi tindakan penguatkuasaan itu, pemilik syarikat atau kenderaan akan diambil tindakan mengikut Seksyen 57 Akta 715 atas kesalahan disyaki Melanggar Lesen Pengendali iaitu gagal memberikan keutamaan yang tinggi ke atas pengguna jalan raya yang lain.

"Sekiranya disabitkan kesalahan mereka boleh didenda di bawah seksyen yang sama iaitu denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM 500,000.

image.png

"Melalui tindakan itu juga, kenderaan yang terbabit boleh disita di bawah Seksyen 80 Akta 715 dan kenderaan itu turut boleh dilucut hak sekiranya sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan, di sini ini.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan tragedi kemalangan ngeri yang mengorbankan tujuh individu termasuk seorang pemandu bas persiaran dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur keluar Plaza Tol Simpang Ampat, malam Isnin lalu.

Sehubungan itu, JPJ akan melaksanakan tindakan tanpa kompromi kepada pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).


Gallery

Tag:

JPJ
Operasi Gempur Teknikal
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Tips

Main HP Waktu Memandu: Lebih Teruk Dari Mabuk

Adakah anda salah seorang pemandu yang suka main telefon ketika memandu? Ketahui risiko maut, statistik terkini PDRM, dan denda berat yang menanti jika anda tertangkap.

14-04-2026
Tips

Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?

27-03-2026
Tips

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Berita Auto

Johor 'Juara' Langgar Peraturan, Ini Senarai Hitam Op HRA 2026 yang Anda Perlu Tahu

Raya belum habis, sebanyak 14,455 kenderaan dikenakan saman.

24-03-2026
Berita Auto

Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas

Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.

17-03-2026
Berita Auto

Bayar Saman AWAS Guna MyJPJ

Anda boleh bayar saman AWAS guna MyJPJ mulai 18 Mac ini.

16-03-2026
Berita Auto

Aidilfitri: Semua Kenderaan JPJ Turun Padang

Seluruh kekuatan jentera penguat kuasa JPJ akan membanjiri lebuh raya.

14-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026