Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Camry Generasi Ke-9 Hadir Dalam Edisi Khas 'Glorious Edition' Di China – Lebih Canggih & Mewah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GAC-Toyota-Camry-Glorious-Edition-China-2-1536x864.jpg


Keterujaan masih terasa sejak ketibaan Toyota Camry generasi kesembilan di acara automotif  KLIMS 2024 pada awal bulan ini. Tidak lama kemudian, UMW Toyota Motor (UMWT) turut memperkenalkan varian bukan hibrid secara ‘senyap’ di pasaran tempatan.


Walaupun kehangatan pelancarannya di negara kita masih belum reda, model ini kini dikhabarkan dilancarkan dalam versi istimewa, ‘Glorious Edition’ di China. Dibangunkan hasil kerjasama  GAC-Toyota di negara tersebut, langkah ini dilihat sebagai percubaan untuk mengembalikan daya tarikan model ikonik ini di tengah-tengah penurunan permintaan untuk sedan segmen D, termasuk di China.


Rekaan Luaran Yang Mewah & Eksklusif


GAC-Toyota-Camry-Glorious-Edition-China-3-copy-1536x864.jpgGAC-Toyota-Camry-Glorious-Edition-China-17-1536x1272.jpgGAC-Toyota-Camry-Glorious-Edition-China-18-1536x1272.jpg


Glorious Edition ini tampil unik dengan warna luaran Matte Gray yang eksklusif, dipasangkan dengan logo Toyota dan Camry berwarna hitam di bahagian belakang. Penampilannya diserikan lagi dengan aerokit sporty berwarna hitam dan rim eksklusif bersaiz 19 inci.


Ruang Kabin Premium Sarat Dengan Teknologi Tinggi


GAC-Toyota-Camry-Glorious-Edition-China-15-1536x864.jpgGAC-Toyota-Camry-Glorious-Edition-China-14-1536x864.jpgGAC-Toyota-Camry-Glorious-Edition-China-16-1536x864.jpg


Di bahagian kabin, GAC-Toyota telah memberikan sentuhan premium dengan penggunaan upholsteri kulit asli. Sistem pencahayaan ambien 64 warna turut ditambah, memberikan kesan visual yang menarik pada papan pemuka dan panel pintu.


GAC-Toyota-Camry-Glorious-Edition-China-13-1536x864.jpg


Sistem audio Dynaudio Premium melengkapkan ciri hiburan dalam kereta, bersama dua skrin digital berukuran 12.3 inci. Ciri tambahan lain ialah papar pandu (HUD), bumbung panoramik dan butang pelarasan tempa duduk "Boss Key" untuk keselesaan penumpang.


Trenkuasa & Presasi Toyota Camry China 


GAC-Toyota-Camry-Glorious-Edition-China-1-copy-1536x863.jpgweb_MA_CariCarz_Toyota-Camry-2.5-HEV_KLIMS-2024_1.jpg2025-Toyota-Camry-V-3.jpg


Toyota Camry Glorious Edition dikuasakan oleh enjin hibrid 2.0 liter 4 silinder yang menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 194 hp dan 188 Nm. 


Selain itu, model Camry di China turut ditawarkan dalam pilihan enjin pembakaran dalaman (ICE) 2.5 liter dan varian hibrid 2.5 liter yang lebih berkuasa, sama seperti varian yang ditawarkan di Malaysia.


Baca: Toyota Camry 2025 Kini Di Malaysia – Satu Varian, Dari RM248,800

Baca: Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid


Harga Jualan Toyota Camry Di Pasaran China


Kini ditawarkan di pasaran China, Glorious Edition dijual pada harga dari RMB202,800 (~RM124,277).


GAC-Toyota-Camry-Glorious-Edition-China-3-1536x864.jpg


Tag:

Glorious Edition
Toyota Camry Glorious Edition
Toyota Camry
Toyota Camry China
Toyota Camry Hibrid
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Toyota Camry GT-S Concept Didedahkan – Bakal Muncul Sebagai 'Hero' Di SEMA 2025 AS

Toyota telah mencuri tumpuan di Amerika Syarikat (AS) dengan pendedahan model konsep istimewa, Toyota Camry GT-S Concept.

27-10-2025
Berita Auto

Toyota Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta

Seorang lelaki yang membawa kereta milik bapa mentuanya untuk dicuci di sebuah pusat cuci kereta di Johor Bahru terkejut besar apabila dimaklumkan ia sebenarnya sudah dilarikan oleh seorang lelaki lain yang mendakwa rakannya.

09-09-2025
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Pelanggan Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, seorang pekerja cuci kereta warga Afghanistan parah selepas kereta pelanggan yang dipandunya terjunam dari tingkat tiga.

16-06-2025
Berita Auto

Kerajaan Pulau Pinang Beli 15 Buah Toyota Camry Untuk Kegunaan Rasmi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membeli 15 kenderaan baharu jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.

22-05-2025
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Berita Auto

Tragedi Aidilfitri: Tayar Lori Pecah Punca 5 Nyawa Melayang!

Pemandu treler kontena ditahan untuk siasatan.

28-03-2025
Berita Auto

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024
Berita Auto

Jualan UMWT Cecah 8,500 Unit Bulan Lepas

Hasil jualan yang positif ini juga menjadikan jumlah volum Tahun-ke-Tarikh (YTD) kini berada di sekitar 89,500 unit.

13-12-2024

Berita Terkini

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026