Link Copiedcheck_circle
Global

BMW iX Facelift 2025 Diperkenalkan – Rekaan & Prestasi Lebih Agresif, Jarak EV Lebih Jauh

Sofea Najmi

Kongsi melalui

P90585161_highRes.jpg


Selain M3 CS Touring, BMW turut memperkenalkan BMW iX yang diperbaharui bagi tahun 2025. SUV elektrik ini menerima beberapa peningkatan ketara dari segi reka bentuk, prestasi, serta teknologi. 


Varian Baharu dan Penstrukturan Semula Barisan Model


Untuk tahun model 2025 (2025MY), rangkaian varian BMW iX telah diperbaharui. Varian asas kini bermula dengan xDrive45, diikuti oleh varian pertengahan baharu, xDrive60. Sementara itu, varian berprestasi tinggi M70 xDrive kini menggantikan model M60 sebelumnya sebagai varian utama dengan prestasi paling tinggi.


Reka Bentuk Luar Lebih Agresif & Canggih


P90585030_highRes.jpgP90585031_highRes.jpgP90585175_highRes.jpgP90585177_highRes.jpg


Pakej M Sport kini ditawarkan sebagai pilihan tambahan buat pertama kali. Perbezaan yang ketara dapat dilihat pada versi yang menerima sentuhan M Sport (bawah) dan yang tiada M Sport (atas).


BMW iX 2025 tampil dengan beberapa perubahan reka bentuk termasuk lampu depan LED adaptif terkini dengan corak DRL baharu. Gril "kidney" kini dengan gabungan corak menegak dan menyerong yang bersifat 'tertutup' sepenuhnya. Menariknya, ia diberikan lapisan bahan poliuretana yang boleh 'menyembuhkan' calar ringan dalam tempoh 24 jam. Selain itu, ia turut memiliki elemen pemanas dan sistem perbersihan sensor. 


Buat pertama kali, varian xDrive45 dan xDrive60 kini boleh didapati dengan pakej M Sport. Sementara itu, M70 xDrive didatangkan dengan pakej M Sport sebagai standard, dengan aerokit yang lebih agresif. BMW turut menawarkan M Sport Package Pro, yang menambah elemen seperti lampu M Shadow Line dan reflektor menegak.


Kabin Premium Dengan Teknologi Baharu


P90585033_highRes.jpgP90585184_highRes.jpgP90585201_highRes.jpg


Paparan canggih BMW Curved Display yang terdiri daripada skrin kluster meter 12.3 inci dan skrin infotainmen 14.9 inci kekal sama. Namun kali ini dikuasakan oleh Sistem Operasi BMW 8.5 dengan Quick Select untuk pengalaman lebih intuitif.


Untuk kemasan, iX 2025 didatangkan standard dengan pakej Atelier yang memberikan ciri seperti stereng heksagon dan upholsteri SentaTec. Namun sekiranya pembeli menginginkan sentuhan lebih eksklusif, terdapat pakej kemasan lain seperti Loft dan Suite.


Sementara itu, pakej M Sport pula akan menyerlahkan aura sporty kabin dengan ciri seperti tempat duduk sporty, stereng tiga jejari balutan kulit, dan konsol tengah berwarna hitam berkilat. 


Prestasi Lebih Tinggi Dengan Keupayaan Bateri Ditingkatkan


P90585166_highRes.jpg


iX xDrive45 dan iX xDrive60 kini menggunakan bateri berkapasiti lebih tinggi, serta e-motor yang lebih berkuasa, menjanjikan jarak perjalanan lebih jauh


BMW iX xDrive45 kini dengan prestasi yang lebih mantap iaitu 402 hp dan tork 700 Nm dengan kemampuan pecutan dari 0-100 km/j dalam hanya 5.1 saat. Menggunakan bateri berkapasiti 94.8 kWj, membolehkannya mencapai jarak pemanduan antara 490 km ke 602 km (WLTP). Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan AC 11 kW (0-100%: 9 jam 45 min) sebagai standard, dengan pilihan AC 22 kW (0-100 kW: 5 jam),  manakala pengecasan pantas DC sehingga 175 kW (10-80%: 34 min).


P90585147_highRes.jpg


xDrive 60 mampu mencapai jarak perjalanan EV sehingga 701 km (WLTP), serta boleh menerima input pengecasan DC sehingga 195 kW


Beralih kepada BMW iX xDrive60, model ini menawarkan kuasa lebih tinggi dengan 536 hp dan tork 765 Nm, membolehkannya mencapai 0-100 km/j dalam hanya 4.6 saat. Dengan bateri 109.1 kWj, ia mampu memberikan jarak perjalanan lebih jauh iaitu antara 563 km hingga 701 km (WLTP). Selain pengecasan AC 11 kW (0-100%: 11 jam 15 min) standard dan pilihan pengecasan AC 22 kW (0-100%: 5 jam 45 min), model ini turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 195 kW (10-80%: 35 min), membolehkan pengisian semula bateri lebih pantas dan efisien.


P90585194_highRes.jpgP90585195_highRes.jpgP90585193_highRes.jpg


BMW iX M70 xDrive merupakan model dengan spesifikasi tertinggi


Bagi yang mahukan prestasi lebih ekstrem, BMW iX M70 xDrive adalah pilihan terbaik. Model ini dikuasakan oleh motor elektrik yang menghamburkan kuasa setinggi 650 hp dan tork 1,015 Nm (atau 1,100 Nm dengan Launch Control), membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 3.8 saat. Kelajuan maksimum juga lebih tinggi, mencecah 250 km/j. Model ini menggunakan bateri 108.9 kWj, memberikan jarak antara 521 km hingga 600 km (WLTP). Dari segi pengecasan, ia menyokong AC 11 kW (0-100%: 11 jam 15 min) secara standard, AC 22 kW (0-100%: 5 jam 45 min) sebagai pilihan tambahan, serta pengecasan pantas DC 195 kW (10-80%: 35 min), sama seperti varian xDrive60.


P90585181_highRes.jpg


Kedua-dua varian tertinggi, menerima input pengecasan pantas DC 195 kW


Walaupun M70 xDrive mempunyai kapasiti bateri lebih kecil berbanding xDrive60, jarak pemanduannya masih kompetitif dengan kelajuan pengecasan yang sama, ini menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan tenaga.


Teknologi Bantuan Pemandu Lebih Canggih


BMW iX 2025 dilengkapi dengan Driving Assistant Plus sebagai standard, manakala Driving Assistant Professional tersedia sebagai pilihan dengan ciri seperti bantuan pengelak pelanggaran, bantuan penukaran lorong aktif dan kawalan jelajah adaptif dengan kelajuan operasi lebih tinggi iaitu 210 km/j berbanding 180 km/j. 


Turut diperkenalkan ialah Highway Assistant, yang membolehkan pemanduan separa autonomi Tahap 2+ di lebuh raya yang dibenarkan (Jerman dan Amerika Utara). Ini membolehkan pemandu melepaskan stereng, dan kenderaan akan bergerak sendiri sehingga 130 km/j.


Selain itu, untuk memudahkan parkir, model ini turut didatangkan dengan teknologi bantuan parkir dengan bantuan undur serta bantuan parkir profesional. Pembelian pelbagai lagi ciri tambahan lain boleh dibuat melalui BMW ConnectedDrive Store. 


Bakal Tiba Di Malaysia?


P90585146_highRes.jpg


Dengan pelancaran globalnya minggu ini, ada kemungkinan besar BMW iX 2025 akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Apa pendapat anda tentang perubahan yang dibuat untuk iX  kali ini? Cukup menarik? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. 


Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my

Tag:

BMW iX
BMW iX Facelift 2025
BMW iX M70 xDrive
BMW iX xDrive60
BMW iX xDrive45
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-07-2025
EV

10-05-2024
EV

09-04-2024
Kereta Baru

01-03-2024
Kereta Baru

16-02-2024
EV

06-02-2024
Pandu Uji

01-11-2023
Kereta Baru

05-08-2023

Berita Terkini

Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.

23-09-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Global

Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.

22-09-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025
Global

Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan

Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.

12-09-2025