Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cadangan Bukit Bintang Dijadikan Kawasan Pejalan Kaki Disokong Sepenuhnya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

bukit-bintang-1.jpg


Cadangan untuk menjadikan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur sebagai kawasan pejalan kaki disokong sepenuhnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Transit Malaysia. Menurut kenyataan mereka, laluan tersebut sering berdepan kesesakan disebabkan kenderaan persendirian yang diparkir di tepi jalan tiga lorong itu. Masalah ini menjadi lebih teruk pada waktu puncak, hujung minggu dan waktu petang apabila aliran trafik meningkat.


Transit Malaysia menegaskan bahawa reka bentuk semula kawasan tersebut untuk memberi keutamaan kepada pejalan kaki dan pengangkutan awam mampu memastikan Bukit Bintang terus "bertenaga" walaupun tanpa kebergantungan kepada kenderaan persendirian.


Langkah Pengurangan Trafik & Keutamaan Pejalan Kaki


Bukit_Bintang_Junction_in_2023.jpg


Cadangan pihak berkuasa bertujuan mengehadkan akses kenderaan persendirian, menjadikan kawasan ini lebih selamat serta mesra pejalan kaki. Langkah ini juga diharapkan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjadikan suasana di Bukit Bintang lebih meriah dan menarik kepada pengunjung.


Transit Malaysia turut mencadangkan beberapa penambahbaikan seperti:

  • Mengubah suai persimpangan Jalan Bukit Bintang-Sultan Ismail untuk membolehkan pejalan kaki melintas dari semua arah dengan lebih kerap.
  • Memperkenalkan lorong khas untuk bas bagi meningkatkan akses pengangkutan awam.

Kesan Positif Terhadap Ekonomi


Untitled-design---2024-12-30T153235.993.png


Menurut kenyataan itu, ruang pejalan kaki yang lebih besar dijangka merangsang pertumbuhan perniagaan di kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur. Bukit Bintang, yang sudah mempunyai sambungan pengangkutan awam yang baik melalui laluan MRT Kajang, KL Monorel, dan perkhidmatan bas GoKL, akan menjadi lebih mesra pengunjung.


Laluan pejalan kaki bertingkat ke KLCC juga menambah nilai kepada sambungan antara dua lokasi tarikan utama di ibu kota, menawarkan akses mudah ke pelbagai kawasan lain di Lembah Klang.


Baca: Jalan Bukit Bintang Mungkin Akan Jadi Laluan Untuk Pejalan Kaki Sahaja?


Libat Urus Dengan Pihak Berkepentingan


Walaupun menyokong inisiatif ini, Transit Malaysia menyedari kebimbangan pihak perniagaan tempatan yang bergantung kepada akses kenderaan. Oleh itu, NGO tersebut menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi menangani isu yang mungkin timbul.

Sumber: BERNAMA

Tag:

Jalan Bukit Bintang
Bukit Bintang
Pejalan Kaki
Jalan Bukit Bintang Pejalan Kaki
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jalan Bukit Bintang Mungkin Akan Jadi Laluan Untuk Pejalan Kaki Sahaja?

Isu kesesakan di kawasan Segi Tiga Emas, Bukit Bintang, seolah-olah tiada penghujungnya. Walaupun punca utama masalah trafik ini telah dikenalpasti, masih tiada penyelesaian yang dapat ‘menamatkan’ isu ini daripada terus berlaku.

30-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Berita Auto

Hotspot Kemalangan Patut Dipasang Kamera AWAS, - JPJ Terengganu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mencadangkan supaya pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dilakukan di laluan berisiko tinggi dan lokasi kerap berlaku kemalangan.

09-01-2026
Berita Auto

UTM Jalin Kerjasama Perodua, Bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

Program yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan pengeluar automatif nasional, Perodua, direka untuk meningkatkan mobiliti kampus dan keselamatan pelajar.

09-01-2026
Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026