- Berita
- Berita Auto
- Hati-Hati Ops Khas Tahun Baharu Cina 2025: JPJ Tumpu 9 Kesalahan
Hati-Hati Ops Khas Tahun Baharu Cina 2025: JPJ Tumpu 9 Kesalahan

Bagi yang mahu pulang ke kampung masing-masing sempena cuti panjang ini, anda dinasihatkan untuk mematuhi peraturan jalan raya.
Ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah pun menjalankan operasi khas sejak kelmarin dan akan berakhir 9 Februari ini.
Difahamkan, sembilan kesalahan utama di bawah Akta Pengangkutan Jalan 187 (Akta 333) menjadi fokus JPJ sepanjang operasi itu.

Antaranya:
1. Pandu melebihi had laju
2. Tidak mematuhi isyarat lampu merah.
3. Memotong di garisan berkembar.
4. Memandu di lorong kecemasan.
5. Memotong barisan.
6. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
7. Tdak memakai tali pinggang.
8. Tidak memakai topi keledar.
9. Memandu kenderaan berat di lorong laju serta lebih muatan.
Apapun, Ops Khas itu hanya bertujuan memantau dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan sebagai langkah mengurangkan risiko kemalangan terutama semasa musim perayaan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

