Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

NexV, GNEV Meterai MoU Untuk Pengeluaran Van Elektrik CKD, Bakal Muncul 2026!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

NexV Manufacturing Sdn. Bhd. (NMSB) dan Global NEV Technology Sdn. Bhd. (GNEV) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pemasangan tempatan (CKD) dan pembuatan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

Memorandum itu bertujuan untuk menggabungkan keupayaan pembuatan  NexV dengan kepakaran GNEV dalam import dan pengedaran.

Kerja-kerja pembuatan ini dijangka bermula dari pertengahan bulan depan (Feb 2025) sementara menunggu Perjanjian Definitif.

image.pngimage.png


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NMSB, Lim Kwee Shyan, menyifatkan kerjasama   itu adalah langkah signifikan ke arah memajukan teknologi hijau di Malaysia.

“MoU itu melambangkan komitmen kami untuk menetapkan penanda aras baharu dalam pemasangan dan pembuatan NEV di rantau ini.

Difahamkan, jika Perjanjian Definitif diteruskan seperti yang dirancang, kenderaan komersial pertama, van elektrik jenama GNEV  dilancarkan dari kilang NexV di Chembong, Negeri Sembilan, seawal suku pertama 2026.

Ia dijangka memenuhi permintaan kenderaan elektrik komersial yang semakin meningkat di rantau ASEAN.


image.png

Dalam perkembangan sama, Pengarah Eksekutif GNEV, Andrew Thu Pong Fan, turut menyuarakan keyakinannya terhadap perkongsian itu.

Beliau mengakui ia bakal berpotensi menyumbang kepada visi Malaysia untuk menjadi hab serantau bagi teknologi mampan.

Terdahulu, media automotif ada melaporkan bahawa NMSB sedang membina kilang pembuatan teknologi hijau pertama Malaysia di Chembong, Negeri Sembilan.

image.png

Kemudahan itu, yang pada mulanya bertujuan untuk memulakan operasi pada suku pertama tahun 2025 dengan pemasangan CKD Neta V namun perancangan itu berubah memandangkan ia bakal memulakan operasi selewat-lewatnya pada suku kedua tahun ini.


Kilang pembuatan NEV di Chembong itu dijangka mampu menampung  kapasiti pengeluaran tahunan yang dijangkakan sebanyak 30,000 kenderaan selain memberi impak besar kepada ekonomi dengan peluang pekerjaan yang signifikan untuk penduduk tempatan.

Gallery

Tag:

Kenderaan Tenaga Baharu (NEV)
Global NEV Technology Sdn. Bhd. (GNEV)
NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Jualan EV Melonjak 11 Juta di China Tahun Lepas

Hampir 11 juta kenderaan tenaga baharu (NEV) telah dijual di China pada tahun lepas.

10-01-2025
EV

Jenama EV China, Skyworth Batal Kerjasama Dengan NexV Auto, Pilih Berjaya Corp

Kerjasama dengan NexV Auto Alliance Sdn Bhd (NAASB) dibatalkan.

20-06-2024
Berita Auto

Proton Bakal Pindah Operasi Ke Hab Automotif, AHTV, Tahun 2026 Ini

CEO Proton, Li Chunrong, mendedahkan perkembangan terkini mengenai projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

22-02-2024
Berita Auto

PROTON Akan Mulakan Pembangunan NEV Di Tanjung Malim

Pengeluar kereta nasional, Proton mengesahkan bahawa pihaknya akan memulakan pengeluaran barisan kenderaan tenaga baharu (NEV) dalam tempoh terdekat ini.

04-04-2023
EV

GWM Hasil Teknologi E-Hibrid 4WD, Platform Hi4, Kuasa Elektrik Cecah 100KM!

Syarikat pengeluar kenderaan yang besar di China, Great Wall Motors (GWM), pada 10 Mac lalu telah mengadakan ‘Hari NEV Pintar’ untuk mendedahkan kepada umum pembangunan dan kemajuan terbaharu yang telah dibuat dalam bidang ini.

16-03-2023
EV

Kemelut Neta: Mampukah Neta Kembali Bangkit?

Neta Auto dikatakan bakal kembali pulih tidak lama lagi.

02-12-2024
Berita Auto

Terokai Kerjasama Teknikal Untuk CKD Dongfeng Box EV

CADB menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NMSB.

25-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026