Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pakej Untuk Beli Proton e.MAS 7 Kini Dilanjut Kepada 6,000 Pelanggan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional PROTON, PRO-NET kini melanjutkan pakej pelancaran istimewa, Power Pack untuk model Proton e.MAS 7. 

Menerusi pakej itu, PRO-NET menawarkan rebat sehingga RM4,000 kepada 6,000 pelanggan.

image.png

Tawaran itu kini dilanjutkan kepada 6,000 pelanggan  memandangkan PRO-NET menerima lebih 3,000 tempahan tidak kurang  daripada sebulan selepas pelancaran Proton e.MAS 7.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pihaknya berbesar hati untuk melanjutkan tawaran terbabit disebabkan menerima permintan luar biasa.

“Pencapaian ini menunjukkan kepercayaan pelanggan terhadap kami serta kesungguhan mereka untuk bergerak ke arah masa depan yang lebih hijau.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan, dan kami komited untuk menjadikan kereta elektrik pertama Malaysia lebih mudah diakses kepada semua,” katanya.

Untuk makluman, Proton e.MAS 7 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri  Anwar Ibrahim pada pertengahan Disember lalu.

Proton e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian, e.MAS 7 Prime dan e.MAS 7 Premium. Masing-masing dijual pada harga RM108,800 dan RM122,800.

image.pngimage.png

Selain itu, Pakej Pelancaran istimewa ini akan kekal sebagai sebahagian daripada pakej lanjutan dalam memberikan nilai yang luar biasa:

Power Home: Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM 1,500

Power Plus: V2L Adaptor Percuma bernilai RM 500

Power Online: 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM 1,800

Power Thru: Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun dan jaminan Bateri dan Komponen Bervoltan Tinggi 8-Tahun / 160,000km

Power Exchange: Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 1,200

image.png

Bagi yang berminat, tempahan sudah pun dibuka di semua pengedar Proton e.MAS di seluruh negara atau melalui laman web Proton e.MAS.

Gallery

Tag:

Proton e.MAS 7
Proton New Energy Technology (PRO-NET)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
Berita Auto

Berani Mati, Proton e.MAS Guna Tagline 'Mak Kau Hijau' Promosi Warna Baharu

Strategi 'Mak Kau Hijau' Proton e.MAS 7 PHEV curi perhatian.

06-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto