Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelepasan Imigresen Di KLIA Kini Hanya 5-7 Saat Dengan Kod QR

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Untitled-design---2025-01-06T123537.086.png


Pelepasan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini kurang 10 saat dengan menggunakan sistem kod QR melalui aplikasi MyBorderPass


Sistem ini diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebagai usaha mempercepatkan proses imigresen, terutama semasa waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti sekolah. Sebelum ini, masa yang diambil untuk proses pelepasan adalah antara 15 hingga 25 saat, dan kini, hanyalah antara lima ke tujuh saat. 


Kemajuan ini dijangka memberikan impak besar kepada aliran penumpang, menjadikan KLIA lebih kompetitif dengan standard lapangan terbang antarabangsa lain.


Langkah Mudah: Muat Turun & Daftar MyBorderPass


Warganegara Malaysia diwajibkan memuat turun aplikasi MyBorderPass sebelum perjalanan. Selepas dimuat turun, pengguna perlu melakukan pengesahan wajah sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran. Pengesahan ini boleh dilakukan sama ada sebelum keberangkatan atau semasa ketibaan. Bagaimanapun, pasport wajib dibawa sebagai dokumen perjalanan utama.



Menurut JIM, sistem baharu ini memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar, dan diperkenalkan sebagai satu lagi inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meningkatkan kecekapan pelepasan imigresen.


Keselamatan Tetap Diutamakan


Screenshot-2025-01-06-at-2.35.53-PM.png


Walaupun sistem ini mempercepatkan proses, JIM memberi jaminan bahawa ia tidak akan menjejaskan tahap keselamatan. Sistem ini tetap mematuhi piawaian keselamatan ketat, khususnya dalam menguruskan pelepasan warga asing ke dalam negara. Teknologi ini diyakini dapat mengekalkan keseimbangan antara kecekapan operasi dan keselamatan sempadan.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Rabu lalu memaklumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan kod QR khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2.


Baca: Hanya 1 Aplikasi, MyBorderPass Diperlukan, Proses Imigresen Johor-Singapura Jadi Lebih Pantas




Tag:

KLIA
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
Pelepasan Imigresen
Kod QR
MyBorderPass
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

01-12-2025
Berita Auto

05-08-2025
Berita Auto

07-07-2025
Gaya Hidup

24-01-2024
Berita Auto

27-12-2022
Berita Auto

16-12-2022
Berita Auto

14-12-2022
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026