Link Copiedcheck_circle
EV

Grab Lancar Perkhidmatan EV Di KLIA

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Buat julung kalinya, Grab Malaysia menawarkan perkhidmatan e-hailing menggunakan kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Untuk permulaan, perkhidmatan e-hailing EV dimulakan dengan 10 unit kenderaan BYD M6. MPV elektrik tujuh tempat duduk itu  menawarkan perjalanan lebih senyap, luas dan selesa.

Bagaimanapun, perkhidmatan ini boleh ditempah melalui aplikasi Grab secara eksklusif bagi perjalanan keluar dari KLIA

image.png

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook turut memuji langkah yang diambil Grab kerana menyokong dasar kerajaan ke arah pengangkutan rendah karbon dan sistem mobiliti yang lebih lestari.

“Pelancaran ini sejajar dengan Dasar Pengangkutan Negara 2019–2030 dan Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan 2021–2025 yang antara lain menekankan penggunaan teknologi hijau serta pengurangan pelepasan karbon.

image.pngimage.png

“Pemilihan KLIA sebagai lokasi permulaan adalah amat bertepatan kerana ia merupakan pintu masuk utama negara dengan trafik penumpang yang tinggi, sekali gus memberi pendedahan maksimum kepada pengguna domestik dan antarabangsa,” katanya ketika melancarkan perkhidmatan EV Grab dan EV Lounge di KLIA pada Selasa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Grab serta rakan strategik seperti BYD Sime Motors, Yinson GreenTech dan Power-Up Tech (P.UP) kerana bersama memainkan peranan dalam membangunkan ekosistem EV negara.

“Saya percaya pelancaran ini akan menjadi pemangkin kepada peluasan perkhidmatan EV ke lokasi lain seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu,” ujarnya.


Gallery

Tag:

Grab
BYD
BYD M6
KLIA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Grab & BYD Jalin Kerjasama – 50,000 Unit EV Disediakan Untuk Pemandu

Grab & BYD Jalin Kerjasama – 50,000 Unit EV Disediakan Untuk Pemandu

Grab telah mengumumkan kerjasama strategik bersama syarikat automotif China, BYD, untuk memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan pemandu Grab di Asia Tenggara.

16-01-2025
Berita Auto
“Tambah Baharu Grab Jejas Pendapatan Pemandu!” Anthony Loke Digesa Campur Tangan

“Tambah Baharu Grab Jejas Pendapatan Pemandu!” Anthony Loke Digesa Campur Tangan

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, meluahkan rasa kecewa terhadap struktur tambang baharu yang diperkenalkan

02-02-2023
Berita Auto
Tambang Per Minit Grab Naik 215%! Ini Penjelasannya...

Tambang Per Minit Grab Naik 215%! Ini Penjelasannya...

Grab Malaysia telah mengumumkan perubahan kadar tambang dan insentif baharu.

17-01-2023
Berita Auto
Sadis! Mayat Pemandu Grab Ditemukan Dalam But Kereta

Sadis! Mayat Pemandu Grab Ditemukan Dalam But Kereta

Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

30-08-2022
Berita Auto
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto
Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.

17-03-2026

Berita Terkini

EV
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026