Link Copiedcheck_circle
EV

Pratonton SUV EV Deepal S07 – Tiba Suku Kedua 2025, Ancaman Terhadap Model Y?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Deepal-S07-MYPreview-1.jpg


Jenama baharu, Changan, bakal tiba di Malaysia melalui Bermaz Changan


Kehadiran jenama baharu ke negara kita masih belum terhenti, satu lagi jenama automotif China, Changan, bakal tiba di Malaysia melalui Bermaz Changan, anak syarikat baharu di bawah Bermaz Auto Berhad (BAuto). Jenama ini dijangka akan melancarkan model pertamanya, sebuah SUV elektrik bersaiz sederhana, Deepal S07, pada suku kedua tahun ini. 


Reka Bentuk Sporty & Aerodinamik


Caricarz-MBA-Deepal-S07-MYPreview-5.jpg


Dari segi ukuran, S07 dikategorikan sebagai sebuah SUV elektrik bersaiz sederhana dengan ukuran 4,750 mm panjang, 1,930 mm lebar, 1,625 mm tinggi dan jarak roda 2,900 mm. Saiz ini menjadikan S07 setanding dengan model lain seperti Tesla Model Y, BYD Sealion 7, Leapmotor C10 dan Xpeng G6.


Caricarz-MBA-Deepal-S07-MYPreview-4.jpgCaricarz-MBA-Deepal-S07-MYPreview-6.jpgCaricarz-MBA-Deepal-S07-MYPreview-3.jpgCaricarz-MBA-Deepal-S07-MYPreview-21.jpg


Antara elemen rekaan yang menyerlah pada model ini ialah lampu hadapan LED terbelah (split) dengan bampar depan berbentuk X.


Dari tepi Deepal S07 menampilkan reka bentuk SUV coupe yang sporty, dengan garis badan yang tajam dan elemen reka bentuk bersegi. Model ini dipasangkan dengan rim aloi dua tona berukuran 20 inci.


Sudut belakang pula diserlahkan oleh lampu LED yang berkelebaran penuh, dipisahkan oleh logo Deepal yang bercahaya. 


Ruang Kabin Luas & Sarat Teknologi Terkini


Caricarz-MBA-Deepal-S07-MYPreview-16.jpgCaricarz-MBA-Deepal-S07-MYPreview-10.jpgCaricarz-MBA-Deepal-S07-MYPreview-15.jpgCaricarz-MBA-Deepal-S07-MYPreview-14.jpg


SUV ini menawarkan ruang kabin yang luas dengan dua barisan tempat duduk yang boleh memuatkan lima penumpang. Kelengkapan lain ialah stereng dua jejari, bumbung kaca panoramik dan tempat duduk depan gaya bucket yang sporty. Untuk keselesaan optimum, tempat duduk ini juga didatangkan dengan fungsi pelarasan automatik dan pengudaraan. 


Selain itu, terdapat sistem penghawa dingin pelbagai zon dengan panel kawalan untuk penumpang belakang.


Sebagai sebuah EV, model ini sarat dengan teknologi canggih seperti skrin infotainmen tengah bersaiz 15.6 inci yang dikuasakan cip Snapdragon 8155 dan sistem papar pandu realiti terimbuh (AR-HUD). 


Pilihan Untuk Pasaran Malaysia


Caricarz-MBA-Deepal-S07-MYPreview-6.jpg


Walaupun jumlah varian untuk pasaran Malaysia masih belum disahkan, pasaran Thailand menerima kehadiran dua varian Deepal S07 iaitu Standard Range dan S07L. 


Model Standard Range menggunakan bateri NMC 66.8 kWj dengan jarak perjalanan sehingga 485 km (NEDC). Ia dilengkapi motor elektrik pacuan roda belakang (RWD) yang menghasilkan 255 hp dan 320 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dibuat dalam masa 7.6 saat dengan kelajuan maksimum 180 km/j.


Varian lebih tinggi, S07 L, dilengkapi bateri NMC 79.97 kWj. Walaupun output motor dikurangkan kepada 215 hp, ia menjanjikan jarak perjalanan lebih panjang sehingga 560 km (NEDC) dengan kuasa pecutan 0-100 km/j hanya 7.9 saat.


Kedua-dua varian menyokong pengecasan pantas DC sehingga 92 kW, yang mana masa yang diambil untuk dicas daripada 30% ke 80% adalah sepantas 35 minit. Sementara itu, pengecasan AC pula dihadkan pada 11 kW.


Harga & Kedudukan Di Pasaran


Caricarz-MBA-Deepal-S07-MYPreview-2.jpg


Bermaz Changan menjangkakan Deepal S07 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku kedua tahun ini. Dengan kedudukan Xpeng G6 sebagai model lebih premium, Deepal S07 dijangka menjadi pilihan yang lebih mampu milik bagi peminat SUV elektrik.

Baca: Mazda CX-5 MazdaSports Limited Edition Kini Di Malaysia – Sentuhan Sporty Untuk Semua Varian CX-5

Tag:

Deepal S07
Deepal S07 EV SUV
Bermaz Changan
Bermaz Auto (BAuto)
Changan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

SUV Elektrik Deepal S07 Raih NCAP 5 Bintang – Pelancaran Di Malaysia Tak Lama Lagi

Model SUV elektrik Deepal S07 yang bakal dilancarkan pada suku kedua tahun ini oleh Bermaz Auto, telah menerima penarafan keselamatan 5 bintang.

31-01-2025
EV

Dapat Hak Edar Jenama Deepal, Bermaz Bakal Lancar SUV Elektrik, S05, S07 Tak Lama Lagi

Bermaz Auto Berhad (BAuto), melalui anak syarikatnya, Bermaz Changan Sdn Bhd (BCSB), dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik Deepal (EV) di Malaysia.

26-11-2024
EV

SUV Elektrik Deepal S07 Raih NCAP 5 Bintang – Pelancaran Di Malaysia Tak Lama Lagi

Model SUV elektrik Deepal S07 yang bakal dilancarkan pada suku kedua tahun ini oleh Bermaz Auto, telah menerima penarafan keselamatan 5 bintang.

31-01-2025
EV

S09 Didedah Sebagai SUV Flagship Pertama Deepal

Masih banyak butiran S09 tidak didedahkan.

04-02-2025
Berita Auto

Bocor Secara Tidak Sengaja? Xpeng G6 Bakal Dilancar Hujung Ogos, Dari RM175K?

Harga tentatif Xpeng G6 didedahkan secara tidak sengaja?

13-08-2024
Global

Changan Auto Bakal Dirikan Kilang Pengeluaran EV di Thailand

Changan Auto akan memulakan pembinaan pusat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertama di luar negara China.

29-04-2023

Berita Terkini

EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026