Link Copiedcheck_circle
EV

Zeekr Tembusi Era Hibrid, Bakal Dedah 2 SUV Super Hybrid?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jenama Zeekr juga sudah membuat persediaan untuk menembusi era hibrid memandangkan jenama itu  akan memperkenalkan tiga model terbaharunya, pada tahun ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Zeekr, Andy An, baru-baru ini.

Salah satu model akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini, manakala dua lagi masing-masing pada suku pertama dan keempat pada tahun ini.

Dikhabarkan, sebuah model yang dibangunkan berdasarkan kereta sedan elektrik Zeekr 007 akan diperkenalkan pada suku kedua tahun ini, diikuti dengan SUV flagship (suku ketiga) dan sebuah SUV mewah (suku keempat).

Kedua-dua SUV yang bakal diperkenalkan itu adalah versi bateri dan Plug in Hybrid.

image.png

Malah, Andy turut mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan sistem super hibrid dimana ia menggabungkan kuasa BEV, PHEV dan kenderaan elektrik jarak jauh (EREV). 

Difahamkan sistem ini akan menyokong teknologi PHEV yang diolah semula oleh Geely.

Sistem ini direka bentuk untuk penggunaan tenaga yang rendah semasa pemanduan lebuh raya, mahupun jarak jauh termasuk pemanduan elektrik.

Bagaimnapun, butiran lanjut mengenai teknologi ini hanya akan didedahkan semasa Pameran Auto Shanghai 2025 pada April nanti.

image.png

Pada masa ini, barisan Zeekr terdiri daripada  model BEV seperti X dan 009. 

Kedua-duanya juga sudah pun berada di pasaran kita.

Apapun, ketibaan model hibrid baharu ini dikatakan tiba pada tepat masanya kerana pengguna semakin minat dengan model-model hibrid ketika ini.

Di sebalik itu, kehadiran pasaran Zeekr juga sudah berkembang dengan pesat memandangkan pada tahun lepasa sahaja, syarikat itu sudah menambah lebih 150 outlet sekali gus menjadikan rangkaian globalnya mencecah kepada 538 cawangan menjelang akhir tahun nanti.

Gallery

Tag:

Zeekr 007
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Zeekr 007 GT Diperkenalkan – Capai 825 KM, Cas Terpantas 10 Minit!

Zeekr 007 GT Diperkenalkan – Capai 825 KM, Cas Terpantas 10 Minit!

EV mewah milik Geely, Zeekr, akhirnya memperkenalkan model estate elektrik terbarunya, Zeekr 007 GT.

17-04-2025

Berita Terkini

EV
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026