- Berita
- Berita Auto
- Warga Asing Kena Cekup, Rupanya Ada Saman Tertunggak RM17,700
Percaya atau tidak, seorang lelaki warga asing yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Alor Star, rupa-rupanya mempunyai saman tertunggak berjumlah RM17,700 sejak 12 tahun lalu.
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, hasil pemeriksaan terhadap lelaki berusia 40-an itu mendapati dia mempunyai pelbagai kesalahan rekod lampau sejak 2013, ketika memasuki negara ini.
Bagaimanapun katanya, disebabkan gagal menjelaskan bayaran saman berkenaan, ia tertunggak, dan pihaknya terpaksa menyita kenderaan terbabit sehingga dia melangsaikan saman berkenaan.
"Ini adalah saman yang tertinggi kita peroleh setakat ini dan kita minta lelaki berkenaan menjelaskan saman secara penuh tanpa ansuran,” katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/