Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

3 Syarikat Baharu Bakal Beri Saingan Hebat Kepada Puspakom – Harga Kompetitif

Sofea Najmi

Kongsi melalui

476762916_18463494370068331_2669182201697776734_n.jpg


Tiga syarikat baharu yang ‘menamatkan’ monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dalam Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM), bakal menawarkan harga yang kompetitif selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).


Untitled-design---2023-06-22T082741.488.png


Puspakom hilang monopoli dalam PPKM


MOT sebelum ini mengumumkan kelulusan kepada tiga syarikat bagi fasa pertama pelaksanaan PPKM. Syarikat tersebut ialah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdn Bhd dan Beriman Gold Sdn Bhd.


Fokus Kawasan Luar Bandar 


Pengarah Pakatan Petroleum Sdn Bhd, Mohamad Zaid Mohamed Zainal Abidin, menyatakan bahawa syarikatnya akan memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar bagi memudahkan akses pengguna dan mengurangkan kos serta masa perjalanan.


"Pada masa ini, pengguna mungkin perlu pergi ke lokasi yang jauh untuk menjalani PPKM. Inisiatif kerajaan adalah untuk memperbanyakkan lagi PPKM, bukan hanya berdekatan dengan Puspakom tetapi juga di luar kawasan bandar," katanya. 


Pakatan Petroleum dijangka memulakan operasi sebaik siap sepenuhnya dalam tempoh maksimum 24 bulan dan berjanji untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan teknologi terkini bagi keselesaan pelanggan.


Kemudahan Pelanggan Diutamakan


Puspakom_Smoke-Emission-Test-ujian-pelepasan-asap.jpg


Sementara itu, Pengarah Beriman Gold Sdn Bhd, Abang Izzatur Rafiq Abang Rosslan, berkata syarikatnya akan mengekalkan harga yang kompetitif, meskipun mungkin tidak jauh berbeza daripada kadar sedia ada di pasaran.


"Kami akan tawarkan untuk membuat lima lorong untuk pemeriksaan. Dua laluan untuk kenderaan berat, dua untuk kenderaan ringan dan satu untuk kenderaan khas. Kami akan memberikan komitmen penuh dengan setiap pemeriksaan yang akan dibuat," katanya.


Mengenai sistem tempahan pemeriksaan, beliau memaklumkan bahawa pihaknya masih dalam perbincangan sama ada menggunakan aplikasi atau laman web untuk kemudahan pelanggan.


Kajian Sistem Antarabangsa Untuk Penambahbaikan 


Pemeriksaan-Puspakom_2.jpg


Pengurus Projek Wawasan Bintang Sdn Bhd, Muhammad Hafeez Za'anor Fairusli, pula menyatakan bahawa syarikatnya akan berbincang dengan MOT berhubung penetapan dan penyelarasan kadar perkhidmatan.


"Kami akan mengikut harga yang ditetapkan dan diselaraskan oleh MOT. Wawasan Bintang berusaha untuk memulakan operasi dalam tempoh 24 bulan," katanya.


Beliau turut menegaskan bahawa syarikatnya akan menaik taraf sistem pemeriksaan berdasarkan amalan pemeriksaan di luar negara dan teknologi terkini.


“Kami juga akan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan mengenai penyelenggaraan kenderaan," tambahnya lagi. 


Operasi Di Tujuh Lokasi


Berikut adalah senarai lokasi operasi fasa pertama ketiga-tiga syarikat baharu yang telah dilantik:

  • Wawasan Bintang Sdn. Bhd. - Port Klang, Selangor; Gua Musang, Kelantan; and Mersing, Johor.
  • Pakatan Petroleum Sdn. Bhd. - Rawang, Selangor, and Temerloh, Pahang. 
  • Beriman Gold Sdn. Bhd. - Kuching and Serian, Sarawak.

Pelantikan tiga syarikat ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac 2023 yang bersetuju membuka perkhidmatan PPKM, yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), kepada syarikat lain yang berkelayakan.

Sumber: BH

Tag:

Puspakom
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom)
Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
PPKM
Kementerian Pengangkutan (MOT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penangguhan Sementara Fungsi Bayaran Balik Menerusi GiCheck, - Puspakom

Pusapakom mengesahkan bahawa pihaknya menangguhkan sementara fungsi bayaran balik menerusi aplikasi GiCheck, bermula dari hari ini hingga 8 Mac 2026.

23-02-2026
Berita Auto

Kempen #MacamBaharu: Puspakom Perluas Rangkaian, Tingkat Kapasiti, Guna AI

Puspakom kini sedang giat melaksanakan pelan transformasi untuk menaik taraf dan memperluaskan rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara.

05-02-2026
Berita Auto

Puspakom, MIROS Jalin Kerjasama Untuk Tambah Baik Sistem Keselamatan Jalan Raya

PUSPAKOM Sdn Bhd (“PUSPAKOM”) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah melaksanakan Program Bersama PUSPAKOM–MIROS, di ibu negara semalam.

15-01-2026
Berita Auto

Puspakom Nafi Hanya Tumpu Kepada Brek, Pemeriksaan Menyeluruh Ikut Standard Antarabangsa

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menafikan dakwaan bahawa tumpuan hanya diberikan terhadap sistem brek semasa pemeriksaan kenderaan.

02-10-2025
Berita Auto

Jangan Tertipu, Tidak Wujud Sebarang Piawaian ‘Pematuhan Cermin Gelap PUSPAKOM!

Syarikat filem penapis haba dan runner kenderaan diminta supaya tidak mengelirukan orang awam terutamanya berkaitan pematuhan cermin gelap.

08-07-2025
Berita Auto

Caj Perkhidmatan Bergerak Puspakom Naik Sekitar 10-20%

Caj perkhidmatan bergerak Puspakom akan meningkat mulai esok!

31-03-2025
Berita Auto

Aktiviti Melampau: Runner Kaut Atas Angin Beli Slot Temujanji Puspakom

Antara taktik digunakan adalah menggunakan nombor casis sama tetapi nombor pendaftaran kenderaan adalah berbeza.

18-03-2025
Berita Auto

Puspakom: Operasi Puspakom Di Wangsa Maju Dilanjut Sehingga 30 Jun 2026

Kemudahan Puspakom di Bukit Beruntung masih belum siap sepenuhnya.

11-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026