Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Anthony Akan Dipanggil Beri Keterangan Kelewatan Aerotrain & Harga Tiket Penerbangan Tinggi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Minister-of-Transport-YB-Anthony-Loke.jpg


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkemungkinan besar akan dipanggil bagi memberikan keterangan dalam prosiding berkaitan kelewatan pemasangan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), umum Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


Selain itu, PAC juga memberi perhatian terhadap isu kerugian sebanyak RM500 juta yang dialami Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).


Penyahsenaraian MAHB & Harga Tiket Turut Dibincangkan


Loke-KLIA-Aerotrain-(1).jpg


Menurut Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, siasatan turut meliputi aspek lain seperti penyahsenaraian MAHB daripada Bursa Malaysia oleh konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diketuai Khazanah Nasional. Selain itu, isu harga tiket penerbangan yang semakin meningkat juga akan diberi perhatian dalam prosiding ini.


PAC telah menyusun senarai pihak yang akan dipanggil bagi memberikan keterangan menjelang minggu kedua Februari, dengan lebih ramai individu dan organisasi terlibat dalam proses ini.


Proses Prosiding Dijangka Ambil Masa Panjang


klia-aerotrain.jpg


Mas Ermieyati menjelaskan bahawa PAC telah menyediakan terma rujukan yang telah dipersetujui oleh ahli jawatankuasa. Prosiding ini dijangka mengambil masa yang agak panjang memandangkan banyak isu rakyat yang perlu diteliti, termasuk memanggil saksi-saksi untuk memberikan keterangan.


“Saya tidak menolak Menteri (Anthony Loke) untuk datang prosiding PAC jadi sesiapa yang kita rasa kita perlu panggil perlu datang,” katanya.

Sumber: Kosmo

Baca: Aerotrain Tidak Boleh Beroperasi, Ada Sebabnya

Tag:

Menteri Pengangkutan
Anthony Loke
KLIA Aerotrain
Aerotrain
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kamera AwAS Bakal Kesan Purata Kelajuan, Bukan Lagi Kelajuan Di Satu Lokasi

Kementerian Pengangkutan kini memperkenalkan pendekatan baharu untuk Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dengan menggantikan sistem kamera statik kepada teknologi point-to-point.

07-01-2025
Berita Auto

MyCINTA: Sistem Kesan Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta Dibangunkan MIROS

Kerajaan sedang membangunkan MyCINTA, sistem untuk menangani insiden kanak-kanak tertinggal dalam kereta.

02-07-2024
Berita Auto

Elak Insiden Pokok Tumbang Berulang, Prasarana Digesa Kaji Laluan Rel Berisiko

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) digesa untuk menjalankan kajian mendalam mengenai kawasan-kawasan yang berisiko.

10-05-2024
Berita Auto

Baru 2 Bulan, JPJ Keluar 578 Saman Memandu Bawah Umur

JPJ telah mengeluarkan sebanyak 578 saman kepada pemandu yang memandu di bawah umur.

14-03-2024
Berita Auto

3,000 Topi Keledar PERCUMA Untuk Pengunjung Acara 'Setahun Bersama Kerajaan Madani'

Sejumlah 3,000 unit topi keledar baharu akan diberikan secara percuma kepada 3,000 pengunjung pertama.

08-12-2023
Berita Auto

Boleh Bayar Pembaharuan Lesen, Cukai Jalan Guna MyJPJ Beberapa Bulan Lagi

Pembayaran secara dalam talian bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) melalui MyJPJ.

07-08-2023
Berita Auto

LRT3 Siap 86%, Dijangka Beroperasi 1 Mac 2025 - Kapasiti Harian 67,000

Projek Transit Ringan 3 (LRT3) telah kini sedang rancak dibangunkan dengan kemajuan 86%.

05-07-2023
Berita Auto

FF1 Dijual RM1.2 Juta

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akhirnya mendedahkan nombor plat FF1 adalah kepunyaan Sultan Johor.

11-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026