Link Copiedcheck_circle
Global

Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_review_CariCarz_TA_Audi-e-tron-GT-quattro_set-2_-4.jpg


Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan daripada pelanggan dan pengedar global.


Sebelum ini, Audi memperkenalkan strategi penomboran baharu bagi membezakan model enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan model elektrik (BEV). Namun, perubahan itu mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna. 


Strategi Penomboran Baharu Terima Kritikan


Audi-A5-ThirdGen-169.jpg


Pada awalnya, Audi merancang menggunakan nombor ganjil (1, 3, 5, 7) untuk model ICE, manakala nombor genap (2, 4, 6, 8) untuk model BEV. Perubahan ini juga membawa kepada penjenamaan semula beberapa model ikonik, seperti A4 yang menjadi A5, serta A6 yang bakal dikenali sebagai A7.


Menurut bekas ketua teknologi Audi ketika itu, Oliver Hoffman, sistem baharu ini bertujuan untuk menunjukkan perbezaan yang lebih jelas dan intuitif antara jenis trenkuasa. Namun, setelah diperkenalkan, sistem tersebut tidak diterima dengan baik kerana sukar difahami oleh pelanggan dan tidak seiring dengan jangkaan pasaran.


Kembali Kepada Nama Asal: TFSI, TDI & e-tron


Sebagai sebahagian daripada perubahan ini, Audi juga akan kembali menggunakan skema nama lama untuk membezakan model petrol, diesel dan elektrik seperti yang berikut:

  • TFSI – Model dengan enjin petrol
  • TDI – Model dengan enjin diesel
  • e-tron – Model elektrik sepenuhnya

Keputusan ini, menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Audi, Marco Schubert, dibuat selepas perbincangan menyeluruh dan mengambil kira maklum balas daripada pelanggan serta rangkaian pengedar global.


"Pendekatan baharu ini akan memudahkan pelanggan memahami model yang ditawarkan dan membuat pilihan,” katanya dalam satu wawancara bersama Autocar UK.


A4 & A5 Kekal, Model Lain Bakal Diubah 


Audi_Q4_e-tron_2024MY-23.jpgAudi_Q4_Sportback_e-tron_2024MY-9.jpgAudi-Q6-e-tron-5.JPG


Model sedia ada seperti Q4 (dua di atas) dan Q6 (bawah) kekal dengan nama sama


Walaupun Audi menarik balik strategi penomboran baharu, model A4 dan A5 tidak akan ditukar semula buat masa ini. Ini kerana kedua-duanya pada asasnya adalah model yang sama tetapi dengan trenkuasa berbeza.


Selain itu, pengekalan nama ini juga selari dengan sistem hierarki nombor 1 hingga 8 yang diperkenalkan Audi, di mana nombor model mencerminkan saiz kenderaan. Dalam konteks ini, A5 secara fizikalnya lebih besar berbanding A4, justeru mengekalkan perbezaan antara kedua-duanya.


Namun, perubahan akan dilakukan ke atas model lain. Contohnya, A7 generasi baharu yang akan diperkenalkan pada bulan Mac depan bakal ditukar namanya kepada A6, seiring dengan sistem penamaan baharu berdasarkan jenis trenkuasa TFSI, TDI dan e-tron.


Selain itu, model elektrik Q4 dan Q6 akan mengekalkan namanya kerana sudah bersesuian dengan strategi terkini Audi.

Baca: PHSAM Umum Senarai Harga Terkini & Promosi Istimewa Untuk Pelbagai Model Audi

A243485_medium.jpg

Tag:

Audi
Sistem Penamaan Audi
Model Audi
Jenama Audi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

13-11-2025
Global

04-09-2025
Global

26-08-2025
Global

17-06-2025
Global

11-06-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
EV

14-05-2025

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026