Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Caj Kesesakan: Bersediakah Rakyat Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jalan raya sesak di Kuala Lumpur, kenakan caj kesesakan?

Ini kerana pelaksanaan  caj kesesakan di Kuala Lumpur dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di daerah pusat perniagaan (CBD) sehingga 20 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan pelaksanaan caj kesesakan di bandar antarabangsa.

"Pengalaman dari bandar seperti London dan Stockholm menunjukkan bahawa pelaksanaan caj kesesakan mampu mengurangkan kesesakan sehingga 20 hingga 30 peratus, manakala kajian di New York dan Singapura mendapati sistem ini boleh menurunkan jumlah trafik sekitar 10 hingga 15 peratus.

"Selari dengan hasil kajian antarabangsa, jika caj kesesakan dilaksanakan di Kuala Lumpur, ia dijangka dapat mengurangkan kesesakan sekitar 20 peratus," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Untuk makluman, caj kesesakan bermaksud kadar harga jalan dimana seseorang akan dikenakan caj  kerana memasuki kawasan pusat bandar raya yang sibuk. 

image.png

Kebiasaannya, caj itu dikutip menerusi sistem tol elektronik, apabila kenderaan masuk ke kawasan zon ditetap ketika jam caj dikenakan dengan bayaran ditolak automatik.

Bandar tertentu di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Bahru bersesuaian dikenakan caj kesesakan.

Zaliha berkata perkara lain yang turut menjadi pertimbangan kerajaan adalah kadar caj kesesakan yang wajar untuk dikenakan.

"Bagi memastikan caj kesesakan ini berjaya, kadar caj kesesakan tidak boleh terlalu rendah dan hendaklah ditetapkan kepada suatu nilai yang akan menyurutkan atau 'discouraged' pengguna daripada melalui jalan terbabit.

"Tetapi kerajaan juga tidak mahu caj terbabit menambah beban penggun jika diletakkan terlampau tinggi," katanya.

Berkongsi situasi kesesakan di Kuala Lumpur, Zaliha berkata purata kenderaan keluar masuk adalah sebanyak 1.5 juta sehari dan purata 24 jam dalam satu masa, terdapat 6 juta kenderaan di dalam ibu kota.

Dalam masa sama, katanya, jumlah pengguna pengangkutan awam di Kuala Lumpur hanya 25 peratus.

Namun, adakah rakyat Malaysia sudah bersedia untuk dikenakan caj kesesakan? 


Gallery

Tag:

caj kesesakan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rakyat Patut Dikenakan Caj Kesesakan Semasa Waktu Puncak?

Rakyat Malaysia telah menghabiskan 75 jam dalam kesesakan pada waktu puncak. Ini solusinya?

24-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026