Link Copiedcheck_circle
EV

Dalam Sebulan, Proton e.MAS Terajui Jualan EV, 421 Unit Sudah Diserah Pada Pelanggan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Walaupun belum setahun jagung namun sebanyak 421 unit pertama Proton e.MAS sudah pun diserahkan kepada para pelanggan sekali gus mendominasi jualan EV pada bulan lepas.

Pencapaian ini meletakkan model tersebut sebagai EV paling laris di Malaysia dengan penguasaan 25% pasaran EV keseluruhan bagi Januari lalu.

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik ialah lebih 80% daripada tempahan yang diterima adalah bagi model Premium.

Permintaan dijangkakan akan terus meningkat dalam beberapa bulan lagi  seiring dengan ketibaan lebih banyak unit dan pembukaan cawangan-cawangan baharu.

20250123_eMAS01656.jpg

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Zhang Qiang berkata, dalam masa sebulan sahaja, Proton e.MAS 7 telah menerajui jualan EV.

Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sedia beralih kepada kenderaan elektrik sekiranya produk dan harga yang ditawarkan menarik. 

“Di sebalik teknologi canggih yang digabungkan dengan platform serba baru dalam pakej praktikal, PROTON dapat menawarkan kepada pelanggannya produk yang boleh bersaing dengan jenama-jenama lain selain memberikan nilai dan khidmat selepas jualan yang tiada tandingan dalam segmennya,” katanya.

20250124_eMAS00648-(1).jpg

Apapun, jumlah kumpulan PROTON pada Januari 2025 adalah 9.914 unit (domestik + eksport + Proton e.MAS + kereta smart).

Ini berbanding dengan 12,882 unit (kereta ICE sahaja) yang dicatatkan pada Januari 2024. 

Berdasarkan anggaran TIV, bahagian pasaran diramalkan 19.7%, meningkat daripada 18.7% pada tahun lepas disebabkan Proton e.MAS 7 yang mengakhiri bulan pertama jualannya sebagai EV paling laris di Malaysia.


Gallery

Tag:

Proton e.MAS EV Brand
e.MAS EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Bilik Pameran Proton e.MAS Dibuka 2 Di Sabah, 2 Lagi Di Sarawak

Buat masa ini, terdapat 37 pengedar Proton e.MAS di seluruh negara.

10-02-2025
EV

36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.

01-10-2024
EV

Geome Xingyuan Dilancarkan di China – Dari RM42K, Cecah 410 KM Sekali Cas!

Geely baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan model EV, Geome Xingyuan di China.

13-10-2024
EV

Jenama EV Proton, e.MAS Diuruskan PRO-NET

PRO-NET kini mengambil alih pengurusan jenama e.MAS.

03-07-2024
EV

Proton Sasar Lancar 5 EV Di Bawah Jenama e.MAS – Platform GMA, Harga Berpatutan

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) akan melancarkan lima model EV menggunakan platform GMA.

13-06-2024

Berita Terkini

EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026