Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Denza D9 Bakal Dilancarkan 20 Februari Ini – Harga Sekitar RM280K?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Denza-D9-Preview_Quick-Snaps_1.jpeg


Denza D9 bakal dilancarkan secara rasmi 20 Februari ini


Cabang kenderaan premium BYD, Denza Malaysia, hari ini memperkenalkan Denza D9 buat pertama kalinya kepada umum sebelum pelancarannya yang dijadualkan akan berlangsung minggu hadapan. Dua varian dijangka diperkenalkan iaitu Advance FWD dan Premium AWD.


Berukuran 5,250 mm panjang, 1,960 mm lebar, 1,920 mm tinggi serta jarak roda 3,110 mm, MPV elektrik ini bakal memberikan persaingan sengit kepada model seperti Zeekr 009, XPeng X9 dan Maxus Mifa 9. 


Dilengkapi Bateri 103.36 kWj, Jarak Sehingga 600 KM


CariCarz_Denza-D9-Preview_Quick-Snaps_5.jpegCariCarz_Denza-D9-Preview_Quick-Snaps_4.jpegCariCarz_Denza-D9-Preview_Quick-Snaps_21.jpg


Reka bentuk mewah 


Kedua-dua varian Denza D9 hadir dengan bateri 103.36 kWj, memberikan jarak pemanduan 600 km (NEDC) atau 510 km (WLTP) bagi varian Advance FWD, dan 580 km (NEDC) atau 493 km (WLTP) bagi Premium AWD.


CariCarz_Denza-D9-Preview_Quick-Snaps_18.jpgCariCarz_Denza-D9-Preview_Quick-Snaps_8.jpegCariCarz_Denza-D9-Preview_Quick-Snaps_23.jpgCariCarz_Denza-D9-Preview_Quick-Snaps_22.jpg


Kelengkapan yang disediakan di dalam Denza D9


Model mewah yang dibangunkan berdasarkan platform e-Platform 3.0 BYD ini menyokong pengecasan AC 11 kW dan pengecasan pantas DC 166 kW.


Kuasa Cecah 369 HP


CariCarz_Denza-D9-Preview_Quick-Snaps_20.jpgCariCarz_Denza-D9-Preview_Quick-Snaps_24.jpg


Ditawarkan dalam dua versi iaitu pacuan roda hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD), varian Advance yang menggunakan sistem FWD menawarkan kuasa 308 hp (230 kW) dan 360 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 9.5 saat. 


Untuk pengguna yang mendahagakan prestasi, varian Premium AWD hadir dengan dua motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa mencecah 369 hp (275 kW) dan 470 Nm, membolehkan pecutan lebih pantas 0-100 km/j dalam hanya 6.9 saat.


CariCarz_Denza-D9-Preview_Quick-Snaps_19.jpg


Ciri keselamatan yang ditawarkan dalam Denza D9


Saingan Kepada Toyota Alphard & Vellfire


CariCarz_Denza-D9-Preview_Quick-Snaps_2.jpeg


Harga rasmi masih belum diumumkan, namun sekiranya Denza Malaysia mengikut strategi penetapan harga seperti di negara jiran, Thailand, model ini dianggarkan dijual pada harga sekitar RM258,000 untuk varian Advance FWD dan RM350,000 untuk Premium AWD.

MPV elektrik ini berpotensi menarik perhatian pembeli Toyota Alphard dan Vellfire, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan model import recond yang datang dengan jaminan terhad atau tanpa jaminan. Maklumat lanjut akan didedahkan pada 20 Februari.

Baca: Denza D9 2025 Diperkenalkan Di China – Lebih Selamat Dengan Teknologi Keselamatan 'God's Eye'

Tag:

Denza
Denza Malaysia
Denza D9
MPV Elektrik
EV Denza D9
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

08-06-2025
Pandu Uji

27-05-2025
EV

13-02-2025
EV

18-11-2024
EV

04-11-2024
Berita Auto

07-09-2024
EV

17-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026