Link Copiedcheck_circle
EV

Li Auto i8 Bakal Buat Penampilan Sulung Di China Tapi Bukan Sekarang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Imej pertama  Li Auto i8 baharu telah mula tersebar meluas  di China sekali gus memberi gambaran ia adalah model SUV elektrik pertama jenama itu.

Dikhabarkan i8 akan didedahkan pada akhir tahun ini dan menjadi model elektrik kedua selepas Li Auto Mega EV MPV.

image.png

Sebagai model Flagship, Li i8 menandakan kemasukan rasmi jenama itu ke dalam segmen EV.

Sekilas pandang, Li i8 kelihatan seperti Li Mega EV MPV, memandangkan kedua-dua model ini berkongsi reka bentuk bahagian hadapan yang sama.

Namun, Li i8 sebenarnya menggunakan reka bentuk bampar hadapan yang sama seperti kembarnya, Li Auto L8, yang merupakan model utama dalam barisan kenderaan elektrik REEV.

image.png

Foto kedua pula      mendedahkan bahawa bahagian belakang Li i8 j kelihatan agak serupa dengan  Mega MPV kerana dilengkapi dengan lampu belakang LED penuh jenis lebar.

Malah, Li i8 juga menampilkan gaya badan SUV yang lebih konvensional dengan fender  lebih lebar serta jarak kelegaan tanah yang agak tinggi. 

Sementara itu, sensor LiDAR yang dipasang di bumbung menunjukkan bahawa model ini akan menggunakan beberapa keupayaan pemanduan autonomi.

image.pngimage.png

Setakat ini, tiada gambar dalaman Li i8 yang disiarkan oleh  pembuat kereta itu, tetapi CarNewsChina melaporkan bahawa EV SUV itu mendapat kabin berteknologi tinggi yang sama seperti kembar yang menggunakan enjin petrol.

Antara kelengkapan yang terdapat pada jentera ini adalah skrin bersaiz 15.3 inci jenis berkembar, ada paparan Hud dan banyak lagi. 

image.png

Malah, masih belum diketahui susun atur tempat duduk untuk Li i8, tetapi memandangkan dimensinya yang besar yang menjangkau lebih lima meter panjang dan persamaannya yang hampir dengan Li L8, kami menjangkakan SUV elektrik ini akan hadir dengan susun atur tiga barisan tempat duduk.

Ada kemungkinan besar ia akan menawarkan  enam tempat duduk demi keselesaan penumpang.

Selain itu, CarNewsChina juga ada melaporkan bahawa Li i8 akan menggunakan modul kuasa SiC yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih senyap, selesa dan lebih cekap berbanding SUV elektrik yang lain.

Sekali lagi, tiada angka terperinci diberikan, tetapi apa yang pasti SUV elektrik ini akan menyokong keupayaan pengecasan pantas sehingga 5C.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, SUV Li Auto i8 EV akan membuat penampilan sulungnya pada penghujung tahun ini, di mana ia akan menjadi model pertama di bawah barisan EV i-siri baharu pembuat kereta itu. 

Dlam SUV elektrik seperti i6 dan i7 juga akan didedahkan. 


Gallery

Tag:

Li Auto i8 EV SUV
Li Auto Mega
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026