Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lulus Puspakom Dengan Tayar Sewa, JPJ Perhati, Sitaan Menanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

JPJ-Terengganu-Tayar-Bas-Puspakom_BH.png


Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion, memeriksa kualiti bunga tayar sebuah bas ekspres (Foto: BH)


Padah menanti pemilik kenderaan berat yang menyewa tayar semata-mata untuk mendapatkan kelulusan Puspakom secara tidak sah. 


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zamri Samion berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam isu ini dan akan mengambil tindakan tegas termasuk menyita kerana ia melibatkan keselamatan awam serta memberi risiko kepada pengguna jalan raya lain.


Kerjasama Dengan KPDN & Sirim Berhad


3106002.jpg


JPJ Terengganu turut bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Sirim Berhad bagi membanteras aktiviti ‘ejen kosmetik’. Pemeriksaan di pintu keluar Puspakom juga akan diperketatkan untuk memastikan setiap kenderaan yang lulus pemeriksaan benar-benar memenuhi piawaian keselamatan.


"Kita sudah menjalankan pemeriksaan terhadap lebih 160 kenderaan di pintu keluar Puspakom dan belum menemui kesalahan besar yang membabitkan tayar celup atau tayar ganti uzur yang tidak selamat," katanya.


Isu Penukaran Komponen Kenderaan Mula Hangat


Perkhidmatan menukar tayar atau komponen lain kepada yang lebih baik hanya untuk lulus pemeriksaan Puspakom hangat diperkatakan selepas tragedi kemalangan di Melaka pada 23 Disember lalu.


image.png


Kemalangan ragut tujuh nyawa pada 23 Disember lalu berpunca daripada tayar lori yang tercabut


Kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ayer Keroh itu meragut tujuh nyawa, termasuk lima sekeluarga, seorang pemandu bas persiaran, dan seorang penumpang bas. Siasatan mendapati tayar hadapan sebelah kanan sebuah lori tercabut, menyebabkan bas persiaran melanggar tayar tersebut, hilang kawalan dan merempuh tiga kenderaan lain.


JPJ Laksana Pemeriksaan Secara Mengejut


image.png


Susulan insiden itu, JPJ telah melancarkan Op Mengejut Puspakom secara serentak di seluruh negara dan mendapati terdapat kenderaan berat yang masih menggunakan tayar celup uzur serta tidak selamat. Tayar sebegini berisiko meletup pada bila-bila masa dan boleh mengundang kemalangan.

Sumber: BH

Baca: Alat Ganti Sewa: Puspakom Sukar Kesan

Baca: Berani Buat Salah Laku, Berani Tanggung – CEO Puspakom

Baca: PUSPAKOM 'Kantoi' Luluskan Lori Pakai Tayar Tidak Selamat – Operasi Mengejut JPJ


Tag:

Operasi Kenderaan Berat
Tayar Sewa
JPJ
JPJ Terengganu
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

92 Peratus Kenderaan Berat Masih Degil, Tidak Pasang Peranti Had Kelajuan

Majoriti kenderaan perdagangan yang diperiksa di Pulau Pinang masih ‘degil’ kerana didapati tidak memasang peranti kawalan had laju (SLD).

06-10-2025
Berita Auto

JPJ Kesan Pelbagai Kesalahan Pemandu Kenderaan Berat – Tiada Lesen, Bawah Umur

Operasi diadakan pada jam 10 malam hingga 7 pagi pada 24-25 Disember di Plaza Tol Juru (kedua-dua arah), Plaza Tol Bukit Tambun dan Plaza Tol Sultan Abdul Halim Muadzam Shah,

26-12-2024
Tips

Main HP Waktu Memandu: Lebih Teruk Dari Mabuk

Adakah anda salah seorang pemandu yang suka main telefon ketika memandu? Ketahui risiko maut, statistik terkini PDRM, dan denda berat yang menanti jika anda tertangkap.

14-04-2026
Tips

Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?

27-03-2026
Tips

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Berita Auto

Johor 'Juara' Langgar Peraturan, Ini Senarai Hitam Op HRA 2026 yang Anda Perlu Tahu

Raya belum habis, sebanyak 14,455 kenderaan dikenakan saman.

24-03-2026
Berita Auto

Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas

Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.

17-03-2026
Berita Auto

Bayar Saman AWAS Guna MyJPJ

Anda boleh bayar saman AWAS guna MyJPJ mulai 18 Mac ini.

16-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026