- Berita
- Berita Auto
- Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur

Seorang lelaki Bangladesh mengakui kereta Mercedes-Benz yang dibeli sejak tahun lepas digunakan untuk membawa sayur-sayurannya untuk dijual kepada pihak ketiga di sebuah pasar basah di Langkawi.
Dia tidak bernasib baik kerana ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Luxury yang dijalankan di sekitar Jalan Padang Matsirat, Langkawi, semalam.
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penanam sayur itu menggunakan kereta mewah berkenaan sejak 27 Mei 2025.
"Hasil soal siasat, dia memaklumkan kereta berkenaan adalah miliknya tetapi tidak memberitahu harga sebenar kereta yang dibelinya itu.
"Pemeriksaan mendapati lelaki tersebut tidak memiliki lesen memandu yang sah, selain lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans yang telah tamat pada 26 Julai lepas," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
