Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Saga Buatan Mesir Dilancar, Semakin Laku Di Luar Negara

Suhana Veru

Kongsi melalui

Group-Photo-(1).jpg

Divisyen jualan antarabangsa PROTON (ISD) melancarkan secara rasminya Proton Saga yang dipasang di Mesir, baru-baru ini.

Model ikonik itu dibuat di luar negara selepas Proton memeterai kerjasama bersama pengedar tempatan Kumpulan Ezz Elarab.

The-ESAF-facility,-with-a-$50-million-investment-and-an-annual-production-capacity-of-40,000-vehicles,-signifies-Egypt’s-commitment-to-industrial-development..jpg

Komitmen ini telah direalisasikan hanya tiga bulan selepas majlis perasmian rasmi kilang CKD Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan November tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr Li Chunrong berkata, kedudukan strategik Mesir di antara wilayah Timur Tengah dan Afrika serta populasinya, memberikan peluang pertumbuhan yang luar biasa bagi PROTON.

“Lagipun pada tahun lepas, jumlah jualan eksport PROTON telah mengalami penambahan sebanyak 31.1%, dan Mesir memainkan peranan penting untuk mencapai keputusan ini. 

Dr.-Li-Chunrong,-CEO-of-PROTON.jpg

“Jadi, PROTON telah mengukuhkan komitmen kami untuk menjadikan eksport sebagai tonggak utama selain  berharap untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dengan rakan kongsi kami di Mesir,” katanya.

Bagi  pasaran Mesir, tumpuan PROTON adalah pada Proton Saga tetapi syarikat akan menerokai peluang untuk melancarkan produk lain, termasuk SUV dan NEV apabila peluang diberikan oleh keadaan pasaran.

Majlis pelancaran telah diadakan di kilang CKD ESAF di Kaherah dan dihadiri oleh pegawai kerajaan, peneraju industri, serta wakil dari PROTON dan ESAF.

Para wakil  menyaksikan sendiri barisan pengeluaran dan proses pembuatan bersepadu yang memastikan model ikonik PROTON, Proton Saga, memenuhi piawaian global tertinggi.

Kilang CKD ESAF telah dibina dengan pelaburan sebanyak USD50 juta dan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 40,000 kenderaan (dua syif). 

Ia juga menandakan komitmen Mesir terhadap pembangunan industri dengan menggunakan kemudahan komponen sumber tempatan dan rancangan untuk pengembangan masa depan, termasuk pengeluaran EV, sejajar dengan Wawasan 2030 Mesir.

Pengurus Besar Proton Egypt, Bassem Ashmawy berkata selama 20 tahun, kerjasama antara PROTON dan Ezz Elarab Automotive telah berjaya menjual lebih 18,000 kenderaan di pasaran Mesir. 

“Kejayaan ini telah membuktikan kecekapan dan kebolehpercayaan model Proton untuk menjadikannya pilihan utama pembeli. 

“Kami kekal komited untuk memberikan tahap keselamatan, keselesaan dan teknologi moden yang tertinggi dalam kenderaan dan  tidak sabar untuk melihat Proton Saga baharu di jalan raya Mesir kerana ia meneruskan legasi kejayaan Proton di negara ini.” katanya.

PTON.jpg

Setelah sejarah pengeluaran berterusan selama hampir 40 tahun, Proton Saga merupakan kereta Malaysia pertama yang dikeluarkan oleh PROTON. Jumlah jualannya telah melepasi 2 juta unit pada tahun lepas dimana jualan eksport juga meningkat sebanyak 34% kepada 2,906 unit pada tahun 2024.

Di pasaran dalam negara, Saga juga mengekalkan kedudukannya sebagai model Proton terunggul, dimana kemampuannya telah terbukti berulang kali dan kini ia terus mengembangkan kehadirannya di pentas global.


Tag:

Proton Saga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Gaya Hidup
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Berita Auto
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Kereta Baru
SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Berita Auto
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto
Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto
Perodua Alza Ada Lawan? Lakaran Proton Saga MPV Mula Viral, Bakal Jadi Kereta 7-Seater Paling Murah Malaysia?"

Berita Terkini

Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur