Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 3S Peugeot Kini Dibuka Di Kuching, Sarawak

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PEUGEOT-Malaysia-strengthens-East-Malaysia-presence-with-new-3s-Centre-in-Sarawak.jpg


Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) raikan pembukaan Pusat 3S Peugeot di Kuching, Sarawak


Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di Kuching, Sarawak. Pelancaran cawangan 3S ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha Stellantis Malaysia untuk memperluaskan jaringan perkhidmatannya di negara ini.


Cawangan di Kuching yang Pertama di bawah Stellantis Malaysia


PEUGEOT-Kuching-Interior_4.jpgPEUGEOT-Kuching-Interior_3.jpg


Ini merupakan Pusat 3S pertama Peugeot di Kuching yang beroperasi di bawah Stellantis Malaysia, dikendalikan oleh pengedar rasmi, Heng Lian Enterprise Berhad.


Terletak di kawasan strategik di ibu negeri Sarawak, pusat yang dibina dengan keluasan 4,200 kaki persegi ini dilengkapi dengan ruang pameran yang mampu memuatkan empat unit kenderaan dalam satu masa, selain turut mempunyai ruang khas untuk penyerahan kenderaan baharu. 


Turut disediakan ialah pusat servis bersepadu yang lengkap dengan empat ruang servis, serta pusat alat ganti yang memastikan ketersediaan komponen bagi penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan pelanggan.


Perkhidmatan Selepas Jualan Berkualiti Tinggi


Datuk-Wee-Hong-Seng,-Mayor-of-Kuching-South-City-Council-officiating-the-launch-of-PEUGEOT-Kuching.jpgDatuk-Wee-Hong-Seng,-Mayor-of-Kuching-South-City-Council-at-the-new-PEUGEOT-Kuching-showroom.jpg


Cawangan baharu ini telah dirasmikan minggu ini dengan kehadiran Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng


Stellantis Malaysia dan Heng Lian Enterprise Berhad memaklumkan bahawa Pusat 3S ini bukan sekadar menawarkan pelbagai pilihan kenderaan Peugeot, tetapi juga menjanjikan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti.


Semua kakitangan yang bertugas telah menjalani latihan komprehensif secara dalam talian dan luar talian, memastikan tahap kepakaran tinggi dalam memberikan servis dan sokongan pelanggan.


Pelanggan Peugeot di Kuching kini boleh mendapatkan bantuan secara terus melalui talian khidmat pelanggan Stellantis Malaysia di 1-800-18-STLA. Pelanggan juga boleh menghubungi pusat 3S ini secara langsung di 016-2171 464 bagi sebarang pertanyaan atau tempahan servis.

Baca: Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

The-PEUGEOT-Kuching-showroom-is-the-first-PEUGEOT-3S-showroom-in-Kuching,-Sarawak.jpg

Tag:

Peugeot Malaysia
Stellantis Malaysia
Peugeot Kuching
Peugeot Sarawak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cycle & Carriage Batu Caves Kini Turut Jadi Pusat Servis Peugeot – Promosi Istimewa

Cycle & Carriage Batu Caves dinaiktaraf, kini menempatkan pusat servis untuk jenama Peugeot.

14-07-2025
Berita Auto

Peugeot Umum Kempen "Drive Into Prosperity" : Rebat Cecah RM21,500, Manfaat Tambahan

Sempena Tahun Baru Cina 2025, Peugeot Malaysia mengumumkan tawaran penjimatan dan rebat luar biasa.

16-01-2025
Berita Auto

Rebat RM21,500 untuk Peugeot 2008 – Kini Hanya RM111,888!

Stellantis Malaysia kini menawarkan rebat istimewa sebanyak RM21,500 untuk model SUV kompak Peugeot 2008, menjadikannya lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia. Tawaran ini menjadikan harga terbarunya hanyalah serendah RM111,88, atas jalan tanpa insurans dan aksesori tambahan.

13-01-2025
Berita Auto

Beli Kereta Peugeot Dengan Rebat Cecah RM40K, Waranti Lanjutan 7 Tahun & Banyak Lagi, Masa Terhad!

Tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya, sempena penghujung tahun ini, Stellantis Malaysia melancarkan kempen jualan istimewa "Year End Extravaganza" untuk jenama Peugeot.

18-11-2024
Berita Auto

Pusat Pengedaran Pelbagai Jenama Pertama Stellantis Dibuka Di Jalan Klang Lama

Selepas melancarkan Leapmotor C10, Stellantis Malaysia meneruskan momentumnya dengan pembukaan pusat pengedaran pelbagai jenama pertama di Malaysia pada hujung minggu lalu.

22-10-2024
Berita Auto

C&C Anjur Acara Jelajah Pertama Peugeot – Diskaun Hingga RM42,000!

Cycle & Carriage menganjurkan jerayawara (roadshow) jenama Peugeot selama dua bulan, sehingga 16 November ini.

06-10-2024
Berita Auto

Baru Dibuka: Pusat 2S Peugeot Di Taipan, Subang Jaya

Peugeot Malaysia melancarkan bilik pameran yang terletak di Taipan, Subang Jaya, baru-baru ini.

02-09-2024
Gaya Hidup

Peugeot 408 Jadi Ilham, Rekaan Pereka Fesyen Muda Ini Memukau Ramai

CariCarz.com telah menerima jemputan daripada Stellantis Malaysia untuk menyaksikan pertunjukan fesyen yang bertemakan "Capturing Allure."

07-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026