Link Copiedcheck_circle
EV

S09 Didedah Sebagai SUV Flagship Pertama Deepal

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Buat julung kalinya, SUV terbaharu dan terbesar, Deepal S09 didedahkan kepada umum di China, baru-baru ini.

Sebagai model SUV flagship pertama jenama itu, S09 baharu menampilkan susun atur enam tempat duduk yang dikuasakan oleh rangkaian kuasa EV (REEV).

image.pngimage.png

Melihat luarannya, S09 kelihatan agak berbeza daripada Deepal S05 dan S07, kerana model flagship ini  menggunakan reka bentuk SUV jenis  berkotak.

Model ini juga didatangkan denga lampu nyalaan siang hari jenis LED, lampu depan nampak sama dengan S07, lampu belakang jenis lebar, pemegang pintu tersembunyi dan diberi pilihan untuk memilih rim roda 20 inci atau 21 inci.

Dari segi dimensi, S09 berukuruan  5,205 mm (panjang), 1,996 mm (lebar), 1,800 mm  tinggi manakala jarak roda pula  3,105 mm.

image.png

Ini membuatkan S09 sebenarnya antara SUV elektrik yang sama besar dengan Kia EV9 dan Volvo EX90.

Buat masa ini tiada gambar yang didedahkan namun berdasarkan gambar-gambar teaser yang didedahkan di media sosal menunjukkan, kabinnya cukup luas dan serba lengkap.

image.pngimage.png

SUV yang menawarkan tiga barisan tempat duduk ini hadir dengan skrin infotainmen yang besar, ada dua kerusi kapten, ada peti sejuk mini dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Buat masa ini, butiran mengenai trenkuasanya masih belum didedahkan namun ,CarNewsChina melaporkan bahawa SUV Flagship itu akan ditawarkan sepenuhnya dalam versi REEV.

REEV yang dimaksudkan adalah ia hadir dalam bentuk  teknologi Super Range Extension 2.0 dimana ia  menggunakan enjin petrol hibrid turbo 1.5 liter serta dipadankan dengan satu atau dua motor elektrik.

Ini membuatkan ia boleh menghasilkan kuasa setakat  310 HP (231 kW) dan 485 (362 kW).

image.png

Malah, masa pecutannya juga tidak didedahkan  tetapi CarNewsChina mendakwa kelajuan tertinggi adalah 205 km/j

Apapun, Deepal S09 serba baharu dijangka membuat penampilan sulungnya di pasaran China pada suku pertama tahun ini  dengan harga bermula dari 350,000 yuan (RM216,145). 

Sehingga kini, tiada maklumat yang mengatakan  sama ada SUV Flagship ini akan tersedia di pasaran luar negara.

image.png

Terdahulu, Deepal ada  membuat penampilan sulungnya di Malaysia, apabila Bermaz Changan mendedahkan SUV Deepal S07 elektrik di pasaran tempatan.

Sekiranya Changan memutuskan untuk mengeksport S09 ke pasaran luar negara, maka ada kemungkinan Malaysia akan tersenarai untuk menerima S09.

Gallery

Tag:

Deepal S09 SUV
Changan Deepal S09
Bermaz Changan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Pratonton SUV EV Deepal S07 – Tiba Suku Kedua 2025, Ancaman Terhadap Model Y?

Kehadiran jenama baharu ke negara kita masih belum terhenti, satu lagi jenama automotif China, Changan, bakal tiba di Malaysia.

24-01-2025

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026