- Berita
- EV
- Teaser EV Volkswagen ID.One Didedahkan – EV Mampu Milik Bawah RM90,000 Di Eropah
Teaser EV Volkswagen ID.One Didedahkan – EV Mampu Milik Bawah RM90,000 Di Eropah

Volkswagen kini bersedia untuk melancarkan model kenderaan elektrik (EV) peringkat permulaan dengan harga di bawah EUR 20,000 (~RM90,000) bagi pasaran Eropah. Model yang berkemungkinan besar akan dinamakan sebagai ID.One ini dijangka memasuki pasaran pada tahun 2027.
Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen, Thomas Schafer, menggambarkan model ini sebagai "EV Volkswagen yang mampu milik, berkualiti tinggi dan menguntungkan, direka khas untuk pasaran Eropah."
Walaupun Volkswagen belum mengesahkan nama rasmi model ini, imej acah yang diterbitkan memberikan petunjuk bahawa ia mungkin dikenali sebagai ID.One.
Rekaan Diilhamkan Daripada Model Konsep ID.Life

Berdasarkan imej acah yang dikeluarkan, ID.One bakal diposisikan dalam segmen lebih rendah berbanding ID.2all, iaitu satu lagi model EV Volkswagen yang akan diperkenalkan lebih awal pada 2026 dengan harga di bawah EUR 25,000 (~RM115,000).
Dari segi rekaan, ID.One menunjukkan persamaan dengan konsep ID.Life yang diperkenalkan sebelum ini. Antara ciri rekaan yang menarik perhatian termasuk lampu depan LED penuh dengan grafik 3D yang disatukan dengan gril, logo depan VW yang bercahaya, lampu nyalaan siang (DRL) LED menegak dan bukaan udara bawah yang minimalis untuk meningkatkan aerodinamik.
Dari tepi, model ini kelihatan agak agresif dengan lengkungan roda yang lebar, menunjukkan kemungkinan penggunaan rim bersaiz besar.
Fokus Terhadap Kecekapan & Harga Berpatutan


ID.One (kiri) menampilkan reka bentuk yang agak serupa dengan salah satu konsep EV Volkswagen terdahulu, iaitu ID.Life (kanan)
Sama seperti ID.2all, ID.One dibangunkan menggunakan platform MEB versi lebih pendek yang menjadi asas kepada kebanyakan model EV Volkswagen.


Dengan ukuran badan yang lebih kompak ini, kita boleh menjangkakan ia akan dipasang dengan bateri kecil serta dilengkapi sistem pacuan motor tunggal untuk mengoptimumkan ruang dalaman dan kecekapan tenaga.
Spesifikasi Penuh Masih Misteri


Buat masa ini, Volkswagen masih belum mendedahkan spesifikasi penuh ID.One, termasuk kapasiti bateri dan jarak perjalanan sebenar. Namun, dengan harga yang disasarkan di bawah EUR 20,000 (~RM90,000), model ini berpotensi menjadi EV mampu milik yang mampu memberikan saingan sengit dalam pasaran Eropah.
Baca: Sedan Elektrik Sporty, Volkswagen ID.7 GTX Didedahkan – Jarak EV 595 KM, Capai 335 HP!
Baca: Jualan EV Kurang Memberangsangkan, Volkswagen Ubah Strategi
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
