Link Copiedcheck_circle
EV

Serlahkan Aura Prestij dengan MINI Countryman S ALL4 & Aceman Baharu!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

HIISHII_41-1543-Sw.JPGMINI-Aceman-EV-(3).jpg


MINI Countryman S ALL4 (kiri) EV MINI Aceman (kanan)


Barisan model MINI di Malaysia terus berkembang tahun ini dengan pelancaran MINI Countryman S ALL4 baharu yang kini dipasang secara tempatan (CKD). Model ini mempelbagaikan lagi pilihan model MINI yang ditawarkan di negara ini setelah model elektrik (EV) MINI Aceman, diperkenalkan hujung tahun lalu. 


MINI Countryman S ALL4: Rekaan Baharu Tetapi Kekal dengan Ciri Ikonik


Caricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-20.jpg


Dari segi reka bentuk, model terbesar dalam keluarga MINI ini tampil berbeza berbanding versi terdahulu. Antara ciri yang menyerlah pada  MINI Countryman S ALL4 baharu ialah lampu hadapan LED berbentuk segi tiga mengapit gril oktagon baharu, lampu belakang LED dengan tiga pencahayaan unik dan rim aloi 20 inci dengan jejari Windmill untuk gaya lebih agresif.


Caricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-19.jpgCaricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-31.jpgCaricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-24.jpgCaricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-27.jpgCaricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-11.jpgCaricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-25.jpg


Pakej kemasan Favoured turut ditawarkan untuk sentuhan lebih premium. Namun secara keseluruhannya, gaya ikonik jenama British ini masih dikekalkan.  


Prestasi Go-Kart dengan Sistem Pacuan Semua Roda (AWD)


Caricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-17.jpgCaricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-2.jpg


Countryman S ALL4 dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo 4 silinder yang menghasilkan 204 hp dan 300 Nm. Kombinasi ini memastikan pengalaman pemanduan yang pantas dan responsif, sejajar dengan DNA "Go-Kart Feeling" yang menjadi kebanggaan MINI.


Selain itu, ia turut dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) ALL4 generasi baharu. Sistem ini menawarkan cengkaman dan kestabilan yang lebih baik, termasuk ketika meredah laluan tidak berturap.


Teknologi Moden & Kabin Digital


Caricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Int-54.jpgCaricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Int-30.jpgCaricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Int-33.jpg


MINI Countryman S ALL4 turut menerima pembaharuan besar di bahagian dalaman dengan pelbagai teknologi terkini, termasuk skrin OLED bulat baharu yang berfungsi sebagai sistem infotainmen. Sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa menggunakan wayar.


Caricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-7.jpg


Dari segi keselamatan, MINI Countryman S ALL4 dilengkapi sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang termasuk kawalan jelajah adaptif, amaran keluar lorong dan bantuan pelanggaran.  


MINI Aceman: Versi Elektrik dalam Saiz Lebih Kompak


MINI-Aceman-EV-(4).jpg


Bagi yang mahukan gaya crossover tetapi dalam pakej lebih kecil dan mesra alam, MINI turut menawarkan EV Aceman. Model ini diposisikan antara Cooper dan Countryman, menjadikannya pilihan yang seimbang dari segi saiz, teknologi dan praktikal.


MINI-Aceman-EV-(7).jpgMINI-Aceman-EV-(10).jpgMINI-Aceman-EV-(8).jpgMINI-Aceman-EV-(9).jpg


Menggunakan falsafah rekaan "Charismatic Simplicity", Aceman tampil dengan bentuk berani dan ranggi, sesuai dengan identiti MINI. Antara teknologi menarik yang disematkan pada model ini ialah skrin OLED bulat dengan mod interaktif MINI Experience, mod Go-Kart untuk pemanduan lebih sporty serta sistem pencahayaan ambien pelbagai warna.


Pengalaman Pemanduan Ikonik MINI


MINI-Aceman-SE-5.jpgMINI-Aceman-SE-2.jpg


Dari segi kuasa, Aceman menampilkan sistem pacuan elektrik dengan output 215 hp dan 330 Nm, menjanjikan pengalaman pemanduan pantas dan menyeronokkan seperti model Cooper terdahulu.


MINI-Aceman-EV-(12).jpgMINI-Aceman-EV-(14).jpg


Aspek keselesaan turut tidak diabaikan, walaupun kelihatan kompak dari luar, kabinnya terasa luas dan diberikan sentuhan premium dengan penggunaan fabrik berkualiti tinggi dan  upholsteri kulit sintetik. 


Harga & Tawaran Istimewa MINI Malaysia


Caricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-2.jpgCaricarz-LJJ-MINI-Countryman-S-ALL4-Ext-7.jpg


Bagi yang berminat, MINI Countryman S ALL4 boleh dimiliki pada harga RM258,888, atau serendah RM2,338 sebulan melalui pelan Easy Financing. Klik sini untuk info layari laman rasmi MINI Countryman S ALL4.


MINI-Aceman-SE-4.jpgMINI-Aceman-EV-(5).jpg


Sementara itu, MINI Aceman boleh didapati pada harga RM218,888, atau serendah RM1,984 sebulan. Untuk masa terhad, MINI Malaysia menawarkan pakej waranti dan servis 4 tahun, wallbox pengecas percuma, serta baucar eksklusif bagi setiap pembelian. Klik sini untuk info layari laman rasmi MINI Aceman. 


Tempah sesi pandu uji sekarang di laman web rasmi MINI Malaysia atau kunjungi bilik pameran MINI terdekat untuk merasai sendiri keistimewaan model-model ini!

Baca: MINI Countryman S ALL4 2025 – CKD, Versi Petrol, Capai 201 HP, Dari RM259,000

Baca: MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888

MINI-Aceman-EV-(15).jpg

Tag:

MINI CKD
MINI Countryman S ALL4
2025 MINI Countryman S ALL4 CKD
MINI Aceman EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

27-02-2025
Kereta Baru

13-02-2025
Kereta Baru

08-01-2025
EV

20-04-2024
EV

31-01-2024
EV

12-09-2023
EV

06-04-2023

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026